{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Jurutera lawan peniaga

Posted: 09 Jul 2013 04:10 PM PDT

  • Calon BN; Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran
  • Calon PAS; Azlan @ Endut Yusof, 48, ahli perniagaan
  • Jertih: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bakal menyaksikan pertembungan calon profesional dan ahli perniagaan. Barisan Nasional (BN) menampilkan Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, bagi mempertahankan kerusi itu, manakala PAS pula meletakkan ahli perniagaan, Azlan @ Endut Yusof, 48.

    Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

    Transformasi pendidikan vokasional kian diyakini

    Posted: 09 Jul 2013 03:45 PM PDT

    Rembau: Jumlah permohonan yang tinggi untuk memasuki Kolej Vokasional membuktikan transformasi pendidikan vokasional yang dilaksanakan kerajaan meyakinkan rakyat.

    Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak 117,000 permohonan diterima memasuki kolej itu tahun ini, berbanding 21,000 tempat ditawarkan.

    Permohonan meningkat

    Katanya, permohonan pelajar ke program Kolej Vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam kelmarin adalah 1,874 orang, berbanding kapasiti tempat hanya 465 pelajar.

    Beliau berkata demikian pada pelancaran Perluasan Program Kolej Vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam: Kolaboratif Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, dekat sini semalam. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pelaksanaan Transformasi Pendidikan Vokasional memasuki tahun kedua kini melangkah ke fasa lebih mencabar.

    Meterai nota kerjasama
    Katanya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia menandatangani nota kerjasama pada 2 Oktober 2012 untuk melaksanakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Kolej Vokasional.

    Sementara itu, Kamalanathan berkata, kementerian mengalu-alukan kerjasama syarikat perindustrian untuk memberi nasihat mengenai silibus dan peluang pekerjaan kepada lepasan program Kolej Vokasional.

    Di Kuala Lumpur, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Naib Canselor, Muhyiddin berharap penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan meningkatkan sinergi antara sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

    Beliau juga mahu penggabungan itu memberi dimensi baru dalam dunia pendidikan negara.

    Pengerusi Majlis Naib Canselor, Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ketika ditemui selepas mesyuarat, berkata penggabungan dua kementerian itu bakal memberi manfaat kepada kedua-dua sektor jika dimanfaatkan sepenuhnya.

    Leave a Reply

    Raja Alias

    Segamat

    Kuantan

    G. Musang

    Trolak

    J. Bahru

    Terengganu

    Mempaga

    A. Setar

    Jengka

    Sahabat