{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Tak sabar tunggu 1 Ramadan

Posted: 08 Jul 2013 03:35 PM PDT

Mia Sara berazam mahu puasa penuh sebulan, hadkan aktiviti lakonan

Bukan mudah mengejutkan anak kecil untuk bangun bersahur. Ketika sahur ada anak yang masih mengantuk, tertidur-tidur di meja atau pejam mata sambil makan. Setahun sekali dipaksa bangun untuk bersahur suatu perkara yang liat dilakukan mereka.

Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman lalu, pelakon cilik, Mia Sara Nasuha Mohd Ridhuan, 8, pula mudah dikejutkan bangun pagi untuk bersahur kerana sudah dilatih sejak usia lima tahun.

Pada tahun pertama, Mia Sara berpuasa hanya setengah hari. Setahun kemudian, Mia Sara berjaya berpuasa penuh 20 hari dan pada usia tujuh tahun, dia berjaya penuhkan sebulan puasa.

Bapanya, Mohd Ridhuan Mohd Salleh, 38, ternyata berjaya melatihnya untuk berpuasa penuh tanpa mengeluh.

"Papa cakap orang Islam wajib berpuasa dan kalau buat kita dapat pahala. Papa juga kata kita kena ingat orang yang susah untuk dapat makanan," katanya ketika ditemui selepas pelancaran Kempen 'Susu dan Sahur', Dutch Lady Milk Mug, di Mid Valley, baru-baru ini.

Kempen itu bertujuan menggalakkan kanak-kanak minum susu sewaktu bersahur.

Mia Sara yang juga duta baru produk Susu Untuk Membesar, Dutch Lady, berkata ayahnya menyediakan sajian sahur yang sedap dan menepati seleranya selain perlu minum segelas susu untuk memberikannya tenaga sepanjang berpuasa.
Beliau juga berazam untuk berpuasa penuh tahun ini kerana ia ibadat yang dituntut dalam Islam sekali gus memberi inspirasi kepada kanak-kanak seluruh negara.

Kawal aktiviti

Sementara itu, Mohd Ridhuan, berkata beliau akan memastikan anak tunggalnya bersahur dengan makanan berkhasiat supaya dapat berpuasa dengan baik, tidak cepat penat dan letih.

"Mia Sara suka makan nasi. Lauk digemari ialah telur dan ayam goreng tetapi kurang gemar memakan sayuran kecuali lobak. Untuk khasiat dan tenaganya, saya akan pastikan dia minum segelas air susu. Dia gemar susu sejak kecil. Jadi, sebaik selesai makan saya akan pastinya minum segelas susu Dutch Lady perasa coklat," kata.

Beliau juga akan mengawal aktiviti lakonan anaknya sepanjang Ramadan termasuk memastikan waktu penggambaran sebelum jam 12 malam.

"Walaupun bulan puasa Mia Sara perlu mengikuti kelas tambahan setiap hujung minggu dengan guru tutor setiap mata pelajaran yang dia tertinggal kerana ada penggambaran.

"Pada minggu pertama Ramadan, kami anak beranak akan meluangkan masa makan berbuka puasa bersama di rumah. Sebagai artis kanak-kanak, Mia Sara seperti artis dewasa lain yang padat jemputan menghadiri majlis berbuka puasa di luar. Apabila tidak berlakon, saya akan membenarkannya terbabit dalam aktiviti amal kebajikan bersama anak yatim supaya dia dapat belajar bergaul bersama rakan sebaya yang kurang bernasib baik," katanya yang senang mendidik anaknya menjadi insan sederhana dan tidak berlagak sombong dengan orang lain.

Kempen minum susu ketika bersahur

Pengarah Pemasaran Dutch lady Malaysia, Anja Henze, berkata sambutan Ramadan bersama Mia Sara kali ini lebih meriah kerana menerusi kempen 'Susu dan Sahur', Dutch lady berazam untuk mendermakan segelas susu kepada tiga rumah anak yatim terpilih berdasarkan jumlah hari kanak-kanak Malaysia berpuasa.

Katanya, kempen itu bukan saja menggalakkan kanak-kanak berpuasa dan meminum susu tetapi memberikan mereka peluang untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

"Sebagai selebriti kanak-kanak, Mia Sara boleh menjadi ikon dan memberikan pengaruh positif kepada kanak-kanak lain dengan menyemai gaya hidup sihat iaitu meminum susu berkhasiat, berpuasa sepanjang Ramadan dan juga mengambil berat serta prihatin terhadap golongan yang memerlukan.

"Apabila kanak-kanak membesar dengan nutrisi yang baik dengan semaian nilai positif, Dutch Lady dapat membantu warga Malaysia maju ke depan," katanya.

Pelancaran Kempen 'Susu dan Sahur' bersama Mia Sara bersama 20 kanak-kanak dari Rumah Amal Siraman Kasih dari Rawang. Dua lagi rumah amal yang akan diberikan bantuan susu hasil usaha kempen ini ialah di Kedah dan Terengganu.

Dutch Lady Milk Mug

Memulakan kempen 'Susu dan Sahur' Dutch Lady turut melancarkan Milk Mug terbaru yang boleh didapati bermula 1 Julai hingga 31 Ogos ini.

Anja berkata, ia diperkenalkan supaya kanak-kanak seronok ketika menikmati susu untuk tumbesaran. Pelbagai siri Milk Mug menarik bersesuaian dengan peringkat umur didatangkan bagi menggalakkan mereka meminum lebih banyak susu.

Dutch Lady Milk Mug boleh didapati dengan setiap pembelian pek promosi berkembar (dua pek susu satu kilogram) bagi Susu Untuk Membesar Dutch lady 123; Susu Untuk Membesar Dutch Lady 456 atau Susu Untuk Membesar Dutch Lady 6+.

Jenama ini juga turut memperkenalkan permainan video Facebook bertajuk 'Moo-It, Moo-It'. Peserta boleh menggunakan lima watak dalam Milk Mug untuk merebut peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM6,000. Keterangan lanjut, layari laman web www.smartmoments.com.

INFO:

Penyertaan Kempen 'Susu dan Sahur'

  • Dapatkan kalendar 'Susu dan Sahur' yang boleh diperoleh secara percuma di kedai terpilih mulai 1 Julai ini. Kalendar berkenaan mengandungi panduan dan petikan inspirasi daripada Mia Sara yang menggalakkan kanak-kanak berpuasa sepanjang bulan Ramadan.
  • Tandakan pada kotak di dalam kalendar bagi menunjukkan hari kanak-kanak berpuasa dan hantarkan kembali kepada Dutch Lady sebelum 17 Ogos.
  • Setiap hari berpuasa yang ditandakan kanak-kanak, Dutch Lady akan mendermakan segelas susu kepada rumah amal terpilih.
  • Selain membantu kanak-kanak kurang bernasib baik, lima pemenang bertuah akan berpeluang menyambut Hari Raya bersama Mia Sara pada bulan September.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat