{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Piya tak tipu

Posted: 13 Jul 2013 01:44 PM PDT

» Kapten Kelantan akan kemukakan laporan perubatan doktor yang merawatnya kepada FAM

Kota Bharu: Kapten berpengaruh Kelantan, Mohd Badhri Radzi sedia menjalani pemeriksaan kesihatan susulan dan fisioterapi di Wisma FAM untuk membuktikan dia benar-benar mengalami kecederaan hamstring.

"Saya ada bukti bahawa saya memang mengalami kecederaan. Kalau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berpuas hati, saya sedia serahkan bukti," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Saya buat pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar Perdana selepas perlawanan akhir itu dan doktor mengesahkan hamstring saya cedera dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu." Mohd Badhri Radzi

Pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013 itu mengulas laporan akhbar semalam mengenai Pengurus Pasukan Harimau Malaya Datuk Seri Subahan Kamal berkata tindakan tegas menanti pemain itu kerana gagal melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, Khamis lalu.

Ketua Jurulatih Kebangsaan Datuk K Rajagobal pula berkata beliau terpaksa menggugurkan Mohd Badhri dan penyerang Pahang, Azamuddin Akil selepas kedua-dua pemain mengalami kecederaan.

Surat tunjuk sebab

Beliau berkata bagaimanapun Mohd Badhri perlu datang kerana doktor dan fisioterapi FAM perlu mengesahkan kecederaan yang dialaminya.
Setakat ini, FAM sudah mendapat pengesahan kecederaan patah jari Azammuddin.

Pemain tengah Kelantan yang lebih dikenali sebagai Piya itu berkata, dia akan menjawab surat tunjuk sebab kepada FAM bagi menjelaskan punca kegagalannya melaporkan diri bersama skuad kebangsaan Khamis lalu.

"Selain surat tunjuk sebab, saya akan mengemukakan laporan perubatan kecederaan hamstring daripada doktor yang merawat saya kepada FAM," katanya.

Piya mendakwa ada menghubungi pembantu jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk membuat laporan secara tidak rasmi sejurus disahkan cedera selepas perlawanan akhir Liga Super menentang Lions XII di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, baru-baru ini.

"Saya buat pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar Perdana selepas perlawanan akhir itu dan doktor mengesahkan hamstring saya cedera dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu.

"Doktor turut menasihatkan saya menjalani rawatan di Kota Bharu. Sekiranya FAM tidak berpuas hati, saya terpaksa pergi ke Kelana Jaya untuk melaporkan diri," katanya.

Piya antara tujuh pemain dari pasukan Kelantan yang dipanggil untuk menyertai kem latihan bersama skuad kebangsaan sebagai persiapan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan dua kelab ternama dunia, Chelsea dan Barcelona.

Enam pemain lagi ialah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat; Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim; Azizi Mat Rose; Mohd Shakir Shaari; Mohd Norfarhan Muhammad dan Ahmad Fakri Saarani.

Jepun tetap geruni Malaysia

Posted: 13 Jul 2013 01:44 PM PDT

Meskipun catat kemenangan besar 4-0 ke atas Harimau Muda

Kazan: Meskipun mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Malaysia kelmarin, namun sebenarnya terselit rasa gentar pasukan Jepun terhadap pasukan bola sepak negara terutama terhadap dua pemain, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Syahrul Azwari Ibrahim.

Perkara itu dijelaskan ketua jurulatihnya, Yoshimura Masafumi selepas perlawanan namun lega kerana kedua-dua pemain itu tidak diturunkan akibat digantung perlawanan.

Wan Zaharulnizam digantung perlawanan kerana menerima kad merah ketika bertemu Great Britain manakala Syahrul Azwari ketika bertemu Itali.

Tempat kelima

"Nombor lapan (Wan Zaharulnizam) dan nombor 11 (Syahrul) tidak bermain... sedikit kecewa kerana mereka tidak bermain dan bagi saya jika kedua-duanya beraksi dalam perlawanan hari ini (kelmarin) sudah pasti saingan lebih sengit.

"Nombor tujuh (Mohd Irfan Fazail) juga bermain dengan sangat baik," katanya.
Malaysia dijadual bertemu Ireland yang tewas kepada Perancis menerusi penentuan penalti 3-4 selepas terikat seri 1-1 hari ini untuk penentuan tempat ke-5 hingga ke-8.

Ketua jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee berkata, sikap menghormati lawan memakan diri pemainnya sehingga pintu gawang mudah dibolosi dua gol awal.

"Dua gol pada enam minit pertama menjadikan kami lebih tertekan, pemain seperti terlalu menghormati lawan sehinggakan dibolosi dua gol mudah yang berpunca dari kesilapan dan hilang fokus di bahagian tengah," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat