Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 14 Jul 2013 01:41 PM PDT Piya lapor diri di Wisma FAM, semalam buat meleraikan segala teka-teki Kelana Jaya: Kemunculan Badhri Radzi melaporkan diri, petang semalam akhirnya menamatkan segala isu kegagalan kapten Kelantan itu hadir ke kem latihan skuad kebangsaan sejak Khamis lalu. Rasa kecewa memang ada kerana dibelenggu masalah kecederaan sekali lagi. Siapa yang tidak mahu menyarung jersi skuad kebangsaan. Insya-Allah kalau dipanggil lagi selepas ini, saya akan buat yang terbaik" Badhri Radzi Kapten Kelantan "Selepas apa yang berlaku, saya ambil inisiatif untuk datang juga ke sini bagi menyerahkan jawapan kepada surat tunjuk sebab dan melakukan pemeriksaan bersama fisioterapi dan doktor FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Piya akur kecewa "Rasa kecewa memang ada kerana dibelenggu masalah kecederaan sekali lagi. Siapa yang tidak mahu menyarung jersi skuad kebangsaan. Insya-Allah kalau dipanggil lagi selepas ini, saya akan buat yang terbaik," kata Badhri ketika ditemui di Wisma FAM, petang semalam. Sebelum ini, pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, tindakan tegas menanti pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013 itu kerana gagal melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, Khamis lalu. Mengenai perkembangan kecederaan hamstring yang dialaminya itu, Badhri berkata: "Kalau nak lakukan pecutan, memang rasa sakit. "Jadi nak beri seratus peratus untuk latihan, memang tak dapat. Saya perlukan masa untuk pulih sepenuhnya menjelang Piala Malaysia." Sementara itu, jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal membayangkan bahawa Badhri tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin ekoran tindakannya lewat tiga hari melapor diri ke kem latihan pusat. "Tidak... Dia (Badhri) sudah pun lapor diri dan kita akan lihat jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikemukakannya itu. Fisioterapi dan doktor FAM akan lihat tahap kecederaannya. Seperti Azammuddin Akil yang lapor diri, kemudian kita dapati kemungkinan lima minggu baru dia pulih dan kita hantar dia pulang. "Sama juga untuk Badhri, kita akan tengok jika dia tak boleh pulih dalam masa tertentu, mungkin dia juga akan dihantar pulang. Kita akan tengok dulu dan kemudian buat keputusan terbaik," kata Rajagobal ketika ditemui, petang semalam. |
Almeida tekad hadiah T-Team Piala Malaysia Posted: 14 Jul 2013 01:38 PM PDT Kuala Terengganu: Eduardo Almeida berazam membawa T-Team mencipta kejutan dan mengucup Piala Malaysia, namun kedudukannya sebagai pengendali pasukan belum ditentukan lagi. Kontrak ketua jurulatih dan pengarah teknikal Akademi Bola Sepak Titans Muda itu bersama T-Team berakhir selepas perlawanan terakhir Liga Super menentang Terengganu baru-baru ini. Beri kepercayaan "Saya dimaklumkan keputusan membimbing pasukan ini akan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah dalam tempoh terdekat. Saya harap pihak pengurusan terus memberi kepercayaan kepada saya selepas diberi tanggungjawab melatih pasukan dalam empat perlawanan terakhir Liga Super. "Saya percaya dan yakin pasukan ini mampu membuat kejutan dalam Piala Malaysia. Saya bercita-cita mahu menjulang piala itu bersama T-Team," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Sejak membimbing pasukan itu dalam empat perlawanan Liga Super, T-Team menewaskan FELDA United (4-0) dan Negeri Sembilan (2-1), tumpas kepada Selangor 1-3 dan seri 2-2 dengan Terengganu. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |