Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 04 Jul 2013 01:21 PM PDT Terbukti keputusan FAM tolak aksi saingan kelas A temu Singapura 'tak bijak', lawan pintas Harimau ranking FIFA Kuala Lumpur: Selepas Lions XII, skuad 23 tahun Singapura menjuarai Liga Super, Sabtu lalu, bola sepak Malaysia sekali lagi dipalit malu apabila pasukan utama republik itu melonjak sembilan anak tangga dari kedudukan 165 kepada 156 ranking dunia, semalam. Berbeza dengan Singapura yang sedar ranking begitu penting, skuad republik itu yang kecewa dengan tindakan Malaysia menolak aksi persahabatan, pantas mencari lawan lain sebagai ganti dan hasilnya dua kemenangan ke atas Laos (5-2) dan Myanmar (2-0), mengubah kedudukan mereka. Keputusan jurulatih skuad negara, Datuk K Rajagobal untuk menentang tiga pasukan kelab di Australia dan menolak aksi persahabatan kelas A dengan Singapura terbukti 'bukan keputusan bijak' apabila Harimau Malaya dipintas negara jiran itu dalam kedudukan ranking dunia. Berbeza dengan Singapura yang sedar ranking begitu penting, skuad republik itu yang kecewa dengan tindakan Malaysia menolak aksi persahabatan, pantas mencari lawan lain sebagai ganti dan hasilnya dua kemenangan ke atas Laos (5-2) dan Myanmar (2-0), mengubah kedudukan mereka. Perkhabaran baru ini bukan saja mengejutkan peminat bola sepak negara, malah memberi tamparan hebat buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dilihat terus 'memanjakan jurulatih kesayangannya - Rajagobal' dalam usaha membentuk skuad kebangsaan lebih mantap sekali gus menempatkan kedudukan bola sepak negara kepada tahap lebih baik. Bekas pemain kebangsaan, Shukor Salleh, berkata ini yang akan terjadi jika skuad negara tidak mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A. Pada Januari lalu, skuad negara menghuni tangga ke-158, Februari (159), Mac (164), April (163) dan Mei (161). Kedudukan terbaru itu meletakkan mereka setaraf Palestin (151), Bangladesh (152), Maldives (154) dan Chad (160). Di Asia, Malaysia kekal ke-31 daripada 46 negara. Malaysia sepatutnya bertemu Singapura pada 4 dan 7 Jun lalu, namun dibatalkan atas alasan persetujuan bersama sebaliknya mengambil keputusan untuk berlatih di Australia dan mengadakan aksi persahabatan menentang kelab, Canberra All Stars, Marconi Stallions FC, dan Sydney United FC. Pada kunjungan ke Australia itu, skuad Rajagobal mencatatkan satu kemenangan dan dua kali kalah. Tewas 3-2 kepada Canberra FC pada aksi pembukaan, menang 3-0 ke atas Sydney Olympic dan kalah 2-0 kepada Marconi Stallions. Kejayaan menumpaskan Sydney Olympic itu sebenarnya tidak membawa apa-apa makna dalam kedudukan ranking dunia bola sepak negara. INFO: Ranking Malaysia di Asia Tenggara |
Setiausaha Agung FAS diumum minggu depan Posted: 04 Jul 2013 01:14 PM PDT Kuala Lumpur: Teka-teki siapa bakal dilantik Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baru menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin hanya akan terjawab, minggu depan. Buat masa ini, tiga calon yang disebut-sebut mengisi kerusi panas yang disandang Hamidin, 48, sejak 1998 itu ialah dua Penolong Setiausaha Agung FAS ketika ini, Hamdan Hashim dan Raja Restam Azhar Raja Jaafar serta seorang EXCO FAS, Rosman Mohd Ibrahim.
Namun Rosman, 50, turut dianggap calon pilihan kerana bekas Eksekutif Sumber Manusia NSTP dari 1986 hingga 2000 itu sering dilihat bersama Hamidin kerana beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM. Rosman pernah menjadi Penolong Setiausaha Agung FAS dari 2000 hingga 2004 sebelum dilantik sebagai Pengurus Perniagaan FAS untuk mengendalikan stesen minyak Petronas milik persatuan itu sehingga ke hari ini. Serahkan kepada EXCO FAS Timbalan Presiden FAS, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad, berkata beliau menyerahkan kepada ahli EXCO FAS untuk memilih sebulat suara siapa calon yang dipersetujui mereka dalam mesyuarat, minggu depan.
"Buat masa ini, ada beberapa nama dalam cadangan tetapi kita tunggu minggu depan untuk kita memilih dan mengumumkannya" kata Abdul Mokhtar ketika dihubungi, semalam. Hamidin terpaksa melepaskan jawatan berkenaan selepas dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru berkuat kuasa, 1 Julai lalu menggantikan Datuk Azzuddin Ahmad.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |