Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 05 Jul 2013 05:08 PM PDT Hamidin janji atur lebih banyak perlawanan kelas A Kuala Lumpur: Adakah pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K Rajagobal harus mengubah pendiriannya selepas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam menegaskan betapa ranking itu penting! Kenyataan Hamidin itu selepas menyaksikan Malaysia sekadar kekal di ranking ke-159 dunia dalam kemas kini terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kelmarin susulan keputusan Rajagobal membatalkan aksi persahabatan kelas A dengan Singapura, bulan lalu. Sebelum ini, Rajagobal sering mengulangi pendiriannya betapa ranking tidak penting dan ia turut mendapat sokongan pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal serta bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad. Dipintas Singapura "Bagi saya, ranking itu sesuatu yang mustahak kerana ia menggambarkan kedudukan sesebuah pasukan negara di mata dunia dan ia juga boleh memberi kesan jika pemain kita nak beraksi di luar. Semalam, BH Sukan melaporkan biarpun Harimau Malaya kekal di ranking ke-159 dunia, tetapi dipintas oleh pasukan jiran, Singapura yang naik sembilan anak tangga ke ranking ke-156 dunia selepas mendapat tambahan 12 mata hasil kemenangan ke atas Myanmar 2-0 dan Laos 5-2, bulan lalu. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Juara Liga Perdana bergaya tutup saingan Posted: 05 Jul 2013 04:12 PM PDT Kota Kinabalu: Juara Liga Perdana, Sarawak melengkapkan saingan musim ini dengan mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan seteru tetangga Sabah 2-1 di Stadium Likas, semalam. Kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan itu menjadikan skuad Bujang Senang menyamai rekod Kedah yang tidak pernah tewas ketika menjuarai divisyen dua pada 1992. Menariknya, Robert Alberts adalah jurulatih yang membantu kedua-dua pasukan melakar rekod unik itu.
Sabah bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Mohd Fazlidin Khalid yang menerima hantaran Zainizam Marjan, melepaskan rembatan kencang dari jarak kira-kira 25 meter untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Saiful Amar Sudar pada minit ke-36. Namun, usaha tuan rumah untuk sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan seri pada babak pertama tidak berhasil apabila bekas pemain Sabah, Bobby Gonzales menjaringkan gol kedua Sarawak pada minit ke-45. Polis gagal pintas Pos
Di Stadium Selayang, Pos Malaysia tewas 2-0 di tangan naib juara Sime Darby hasil jaringan Fazrul Hazli (m-41 dan 81). Penghuni tangga keenam liga itu akan bertemu FELDA United untuk perebutan slot ke Piala Malaysia, sementara Sabah akan bertemu Negeri Sembilan. Di Stadium UUM, Sintok, Johor membelasah Perlis 4-0. Di Stadium Hang Jebat, Melaka, UiTM FC menang 1-0 ke atas penghuni tangga tercorot, NS Betaria. Di Stadium KLFA Cheras, Kedah menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur. Kuala Lumpur dan NS Betaria akan beraksi di Liga FAM musim depan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |