{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda bukit sagu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda bukit sagu - Google Blog Search


Isteri Dipukau Dan Dilarikan Warga Indonesia | mediasiber

Posted: 19 Jul 2013 06:04 PM PDT

Nur Idayu kini sudah beransur sihat selepas dibawa pulang dua hari lalu.

Isteri Dipukau Dan Dilarikan Warga Indonesia | KUANTAN - Nur Idayu Abd Aziz, 34, yang dilarikan warga Indonesia bulan lalu dipercayai dibawa ke negara berkenaan dengan menaiki tongkang melalui Pelabuhan Klang sehari selepas dia dilaporkan hilang.

Dia juga terpaksa menempuh perjalanan yang panjang termasuk menaiki bas selama lima hari lima malam dari Medan ke Surabaya.

Suaminya, Mohd Riduan Abd Razak, 34, berkata, warga Indonesia yang dikenal sebagai Saiful, 30-an, turut menjual barang kemas ibu kepada tiga anak itu yang dipukau bernilai RM15,000 sebelum bergerak ke Rambipuji Daerah Jemba, Surabaya.

"Berdasarkan maklumat penduduk di sana (Surabaya) Saiful hanya mahukan wang dan akan meninggalkan isteri saya yang dipukaunya selepas apa yang dihajati tercapai.

"Malah, isteri saya bukannya mangsa pertama Saiful. Saiful yang kelihatan alim ketika bekerja di sini telah berumahtangga dan mempunyai seorang anak perempuan berusia sembilan tahun," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat anjuran Parlimen Paya Besar di rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail dan Adun Sungai Lembing, Datuk Mohd Suhaimi Mohamed Shah.

Semalam akhbar melaporkan Nur Idayu selamat kembali ke tanah air dengan diiringi Mohd Riduan selepas dilarikan warga Indonesia dari rumah keluarganya di Felda Bukit Sagu 2 di sini pada 21 Julai lalu, dipercayai dipukau.

Menurut Mohd Riduan, dia bersama tiga rakan pergi ke Surabaya pada 10 Julai lalu selepas mendapat maklumat daripada seorang rakan di sana bahawa isterinya ditinggalkan di sebuah rumah di Desa Kaliwineng, Jemba iaitu kira-kira enam jam dari Surabaya.

"Isteri saya ditinggalkan sendirian di sebuah rumah yang disewa sedangkan Saiful pulang ke rumah isterinya di Wirowongso, Jemba iaitu empat jam dari rumah berkenaan.

"Ketika ditemui, Nur Idayu tidak menunjukkan sebarang perasaan dan hanya kenali saya sebagai orang biasa bukannya suami," katanya.

Katanya, menurut kenalan di sana, Nur Idayu sering meracau-racau dengan menunjukkan dia berada dalam keadaan tidak sihat.

"Saya dengan bantuan penduduk di sana membawa isteri mendapatkan rawatan di sana kerana dipercayai terkena ilmu hitam.

"Selepas menjalani rawatan tersebut, Nur Idayu mengenali saya dan mula teringatkan anak-anak," ujarnya.

Dalam pada itu, juruteknik yang berpengkalan di Qatar ini turut melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Paya Besar; Adun Sungai Lembing dan penduduk kampung serta semua yang terlibat membantu sehingga menemui semula isterinya dalam keadaan yang selamat.-sinar harian

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat