{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda raja alias - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda raja alias - Google Blog Search


<b>Felda raja alias</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 04 Jul 2013 12:00 AM PDT

Bangga Usaha Anak FELDA Diiktiraf, Terokai Pasaran Antarabangsa

20130704_164821

Bermula secara kecil-kecilan dengan isteri peneroka membuat cadar dan langsir di rumah pada 1991, F' Best Collection, kini mengeluarkan produk berasaskan tekstil bernilai hampir RM1 juta.

Pada 2003, perusahaan itu beroperasi di pejabat lama FELDA di sini dan mendapat bantuan agensi itu dari segi modal dan peralatan.

Pengurusnya, Eme Harlina Abdul Haris, berkata perusahaan itu kemudian didaftarkan sebagai syarikat pada 2007 dikenali sebagai F' Best Collection Sdn Bhd.

Katanya, pemegang saham syarikat ialah gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) negeri ini sebanyak 60 peratus dan baki dimiliki Gerakan Persatuan Wanita (GPW) FELDA Wilayah Raja Alias.

"Syarikat kini mempunyai 30 pekerja anak watan FELDA di tiga unit iaitu pakaian, aksesori rumah dan sulaman," katanya.

HASRAT LAHIR USAHAWAN

Eme berkata, FELDA berhasrat melahirkan usahawan di setiap 11 wilayah FELDA seluruh negara menerusi program Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI) dengan FELDA Wilayah Raja Alias dipilih mengeluarkan produk berasaskan tekstil.

Katanya, F' Best Collection boleh berbangga kerana kualiti produk yang dihasilkan anak FELDA diiktiraf berdasarkan tempahan diterima di seluruh negara,  termasuk jabatan kerajaan dan swasta.

"Malah, hasil promosi berterusan FELDA, produk keluaran syarikat kini memasuki pasaran antarabangsa seperti Jepun dan Qatar," katanya.

Selain itu, katanya F' Best Collection yang menjadi johan keseluruhan Anugerah Usahawan Jaya FELDA di FELDA Jelai dekat sini, baru-baru ini, akan mewakili negeri ini dalam pertandingan peringkat kebangsaan di Kedah, September ini. – BH

Artikel disiar pada July 4, 2013 - 4:51 pm oleh Darlina Shasha

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat