Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 30 Jun 2013 10:18 AM PDT Kota Bharu: Piala FA dijangka tiba di Kota Bharu Rabu ini berikutan skuad Kelantan terpaksa ke Perak terlebih dulu bagi menghadapi perlawanan Liga Super dengan skuad Seladang, malam esok. Pengurus pasukan Kelantan Azman Ibrahim berkata, skuad The Red Warriors (TRW) teruja membawa balik trofi berkenaan namun kerana faktor jadual padat, piala berkenaan terpaksa dibawa pulang sedikit lewat.
"Saya harap seluruh penyokong setia TRW menunggu ketibaan Piala FA dengan sabar dan terus memberi sokongan kepada Kelantan untuk perlawanan malam esok," katanya ketika dihubungi, semalam.
KAPTEN Kelantan, Mohd Badhri Radzi julang piala bersama Tan Sri Annuar Musa. |
Posted: 30 Jun 2013 10:15 AM PDT Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana sekali lagi menjulang Piala FA. "Tahniah The Red Warriors kerana sekali lagi berjaya membawa pulang Piala FA. Sukan menyatukan rakyat," katanya dalam tweet terbaharu beliau semalam.
Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin. - BERNAMA
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |