Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 12 Jul 2013 03:34 PM PDT Kuala Lumpur: Beregu profesional lelaki negara, Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif tidak akan menyertai kem latihan pusat ke Kejohanan Dunia kelolaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Zakry yang mewakili Fairuzizuan berkata, sudah menyatakan hasrat mereka untuk menolak pelawaan BAM bagi berlatih bersama skuad kebangsaan ketika bertemu Pengurus Besar BAM, Kenny Goh.
Zakry dan Fairuzizuan menerima surat pelawaan BAM itu dua minggu lalu, tidak dapat menyertai latihan di Hong Kong kerana jadual padat mereka menyertai kejohanan antarabangsa sebelum ini, menuntut mereka berlatih dalam negara saja.
Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif Penolakan gandingan ini tidak akan menjejaskan persiapan skuad kebangsaan yang memiliki tiga gandingan di Kejohanan Dunia, iaitu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah, malah empat beregu muda Teo Ee Yi, Nelson Heg, Chooi Kah Ming serta Ow Yao Han turut dibawa sebagai rakan 'sparring'.
|
Posted: 12 Jul 2013 03:30 PM PDT Illinois: Bintang Colombia, Camilo Villegas mempamer aksi tenang serta meyakinkan pada hari pembukaan Kejohanan John Deere Classic untuk berkongsi pendahuluan dengan juara bertahan, Zach Johnson. Villegas yang merangkul tiga kejuaraan Jelajah PGA Amerika Syarikat pada 2010, seolah-olah hilang keyakinan susulan kejayaan itu dan sepanjang 2013, dia hanya menamatkan dua kejohanan di kelompok 10 terbaik dalam 16 pertandingan disertainya.
Hari pertama dilalui dengan penuh ceria apabila hanya melakukan satu putt pada lima lubang berturut-turut dan memulakan aksi sembilan lubang pertama dengan empat birdie sebelum menamatkan persembahan dengan birdie ketujuh di lubang ke-17.
Johnson yang dianggap bermain di halaman sendiri, tenang dan berjaya menyerap setiap tekanan dihadapinya.
Johnson dan Villegas memiliki kelebihan satu pukulan ke atas Matt Bettencourt, Daniel Summerhays dan pemain Zimbabwe, Brendon de Jonge yang merakam 65 pukulan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |