Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 11 Jul 2013 11:43 PM PDT JERTEH: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS. Pengurus PRK DUN Kuala Besut A Rahim Jusoh mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, (BN) dan Endot@ Azlan Yusof, 48 (PAS) sebagai calon bertanding pada PRK DUN Kuala Besut 24 Julai ini. Pengumuman pada jam 10.30 pagi tadi itu dibuat selepas kedua-dua calon menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut sekitar jam 9 pagi tadi sambil disaksikan ribuan penyokong kedua-dua parti. Ketika mengumumkan senarai calon Pengurus Pilihan Raya Kuala Besut, A Rahim berkata, Azlan menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi manakala Tengku Zaihan pada 9.10 pagi.
|
'Mereka ingat penjenayah bodoh' Posted: 11 Jul 2013 12:55 PM PDT Kuala Lumpur: Lebih 60 peratus kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis perniagaan dan persendirian tidak menepati piawaian, sekali gus tidak banyak membantu siasatan polis sekiranya berlaku kejadian jenayah di premis terbabit atau kawasan sekitarnya. Lebih menyedihkan, bukan saja CCTV yang dipasang berkualiti rendah atau 'cap ayam' malah ada juga pemilik premis yang hanya memasang replika atau CCTV palsu kononnya untuk menakut-nakutkan penjenayah. Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menyifatkan ia perkembangan yang jelas menunjukkan sikap kurang matang pemilik premis terbabit yang akhirnya merugikan diri sendiri. Menurutnya, rakaman CCTV dengan kualiti yang baik amat berguna kepada polis untuk membantu siasatan kerana ia membolehkan identiti penjenayah dikenal pasti dan rakaman itu juga boleh dijadikan bahan bukti ketika pendakwaan di mahkamah. CCTV jenis IP memaparkan imej lebih jelas dan dekat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |