Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
2 jam terperangkap dalam tong derma Posted: 02 Jul 2013 09:09 AM PDT Oklahoma City: Gara-gara mahu mencari gelang tangan yang dipercayai dibuang bersama pakaian lama, seorang wanita terperangkap selama dua jam dalam bekas mengumpul pakaian terpakai untuk tujuan amal, semalam. Terdahulu, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan memanjat tong berkenaan untuk mencari beg berisi pakaian lama yang dibuangnya. Bagaimanapun, tiba-tiba dia terjatuh dan gagal keluar dari situ.
"Saya datang ke sini dan menyelongkar bungkusan yang ada dan tiba-tiba terjatuh.
TONG mengumpul barangan terpakai yang 'memerangkap' seorang wanita penghidap sklerosis. |
Pemindahan kepala manusia tidak mustahil Posted: 02 Jul 2013 09:00 AM PDT Rome: Cara pembedahan pemindahan kepala Frankestein mungkin menjadi realiti selepas seorang saintis berkata, pembedahan pemindahan kepala manusia sepenuhnya kini boleh dilakukan. Dalam dokumen yang diterbitkan baru-baru ini, Dr Sergio Canavero dari Turin Advanced Neuromodulation Group di Itali berkata, kemajuan dalam kejuruteraan sel membolehkan pakar bedah secara teori mencantumkan saraf tunjang.
Cubaan seumpama itu pernah dilakukan pada 1970, menyaksikan kepala seekor monyet dipindahkan ke seekor monyet lain di makmal di Ohio, Amerika Syarikat. Walaupun monyet itu hidup selama lapan hari, ia tidak boleh menggerakkan leher kerana 'akson' dalam saraf tunjangnya tidak boleh dibaiki.
Bagaimanapun, menurut Canavero, masalah teknikal paling besar ialah untuk menyambung saraf tunjang penderma dengan penerima. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |