Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Mayat lelaki ditemui di tapak projek pangsapuri di Balakong Posted: 01 Jul 2013 04:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui di tapak projek pembinaan sebuah pangsapuri di Taman Impian Ehsan, Balakong, dekat sini hari ini. Mayat yang telah mereput itu ditemui pada jam 1.30 tengah hari dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mayat itu ditemui lengkap berpakaian T-shirt merah dan berseluar jeans hitam. "Berdasarkan keadaan fizikal mayat yang telah mereput dan membusuk, polis percaya lelaki itu telah mati lebih lima hari," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
|
12 kawasan catat IPU sederhana Posted: 01 Jul 2013 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Kota Tinggi, Muar dan Pasir Gudang di Johor adalah antara 12 kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 2 petang hari ini. Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini Kota Tinggi mencatatkan bacaan 58, Muar (51) dan Pasir Gudang (57).
Banting di Selangor mencatatkan 58, Bandaraya Melaka (55) dan Bukit Rambai (70) di Melaka, Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan dengan IPU masing-masing (53) dan (59). Kemaman dan Kuala Terengganu di Terengganu masing-masing mencatatkan 61 dan 53, Tanah Merah (56) di Kelantan dan Miri (51) di Sarawak.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |