Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Nur Fateha mahu kongsi hadiah dengan 55 rakannya Posted: 12 Jul 2013 02:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Nur Fateha Romdan, 16, yang menetap di rumah kebajikan Rahoma Darul Fikir bagi kanak-kanak kurang bernasib baik, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila dia memenangi cabaran amal, 'Sahur Charity Sweep', anjuran Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini. Ini adalah kerana hadiah bagi Nur Fateha dan tiga sahabatnya, ialah
dari rak barangan Tesco. Dengan penuh keriangan, dalam 20 minit mereka berjaya mengisi penuh lima troli mengandungi kuih dan barangan runcit, yang akan banyak membantu
"Kami mahu berkongsi makanan itu dengan 55 rakan kami yang berusia di antara tujuh dan 17 tahun di rumah," katanya kepada selepas upacara penyampaian hadiah itu pada 9 Julai. Sebagai juara, mereka juga menerima baucar bernilai RM3,000. Nur Fateha, yang ayahnya bekerja sebagai penjual belon dengan pendapatan
Dengan tujuh orang anak, bapanya tidak mampu membesarkan mereka, dan itulah
Pengasas dan Presiden Rahoma Darul Fikir, Datuk Faridah Omar Shah, yang juga 'umi' bagi kanak-kanak kurang bernasib baik ini berkata beliau berterima kasih
"Kami tidak pernah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa ada organisasi
"Melihat mereka tersenyum sememangnya tidak ternilai," kata Faridah tentang
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Georg Fischer, berkata syarikat
Dari 9 Julai hingga 3 Ogos, Tesco Malaysia akan mengagihkan lebih 55,000
|
Safee Sali kecewa gagal bantu Harimau Malaya Posted: 12 Jul 2013 02:02 AM PDT PETALING JAYA: Penyerang Harimau Malaya Safee Sali kecewa kerana kecederaan pada pangkal paha kirinya yang belum pulih menafikannya untuk membantu pasukan negara pada perlawanan persahabatan menentang Chonburi FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan (16 Julai). Penggempur Johor Darul Takzim (JDT) itu berkata kecederaan yang dialaminya ketika JDT menentang Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA, 29 Jun lepas itu, belum pulih sepenuhnya.
"Kecewa ada...geram pun ada kerana kemungkinan besar saya tidak dapat bersama-sama rakan sepasukan Selasa ini. Lagi pun, lama saya tidak beraksi bersama skuad kebangsaan," katanya. Beliau ditemui Bernama pada sesi latihan pusat pertama skuad Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, dekat sini malam tadi.
Selain Safee, seorang lagi pemain JDT Safiq Rahim terpaksa menjalani latihan berasingan pada hari pertama latihan pusat pasukan kebangsaan kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Mengenai latihan hari pertama Harimau Malaya yang bermula semalam, Safee berkata perkara itu tidak menjadi masalah kerana sebagai pemain profesional, mereka sudah biasa menjalani latihan dalam keadaan berpuasa. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |