{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Pihak pendakwaan mohon tangguh prosiding

Posted: 15 Jul 2013 03:13 AM PDT

PETALING JAYA: Pihak pendakwaan yang mengendalikan prosiding perbicaraan bela diri kes dadah membabitkan pelakon dan pelawak Saiful Apek serta tiga rakannya memohon Mahkamah Majistret, di sini, hari ini menangguhkan prosiding itu berikutan ingin memeriksa dokumen kenyataan beramaran keempat-empat tertuduh.

Permohonan itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ishrakh Saad, yang mungkin akan mencabar kebolehpercayaan keterangan tertuduh kedua, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, tertuduh ketiga Saiful Apek, 44,dan Noremy Mohamad, 30, selaku tertuduh keempat.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusof, 44, dan tiga lagi tertuduh didakwa memasukkan kanabis ke dalam badan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, pada 12 Jun 2010.

Mereka menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/15

UTC Kedah beroperasi Ahad ini: Mukhriz

Posted: 15 Jul 2013 02:18 AM PDT

ALOR SETAR: Pusat Transfomasi Bandar (UTC) Kedah di sini akan mula beroperasi sepenuhnya Ahad ini, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata UTC itu akan beroperasi setiap hari kecuali hari cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam.

Ia menyediakan 400 ruang parkir di dalam bangunan UTC manakala 500 lot lagi di luar bangunan yang akan dipantau Majlis Bandaraya Alor Setar, katanya kepada pemberita selepas melawat pusat berkenaan hari ini.

Mukhriz berkata pihaknya berpuas hati dengan proses pembinaan UTC itu yang kini hampir siap hanya dalam tempoh pembinaan enam minggu dengan kos RM50.5 juta.


"Kos ini adalah yang terbesar berbanding UTC yang lain. Majlis prapelancarannya akan dilakukan pada 29 Julai oleh Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan 11) dan dijangka dirasmi perdana menteri pada 17 Ogos," katanya.


Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata pihaknya akan membawa cadangan untuk menjadikan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai badan berkanun kerajaan negeri dalam mesyuarat exco Rabu ini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/15

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat