Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 20 Jul 2013 01:08 PM PDT Gombak: "Anak saya nampak dua lelaki bergaduh berhampiran kawasan parkir motosikal sebelum berlaku kebakaran yang memusnahkan lima motosikal, manakala lapan lagi rosak," kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Fong, 40. Dia yang juga penghuni Pangsapuri Jelutong di Selayang Heights, di sini, berkata, anak perempuannya berusia 20 tahun ketika itu baru pulang dari kerja.
"Sebelum itu, saya terdengar bunyi bising tapi menyangka ada pergaduhan. Tiba-tiba sata terdengar jeritan memberitahu ada kebakaran," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
"Motosikal saya hanya rosak sikit terkena percikan api. Kami turut berusaha memadamkan kebakaran itu sementara menunggu bomba tiba," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang Azrul Khairi Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.59 pagi dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/21 |
Posted: 20 Jul 2013 01:08 PM PDT Subang Jaya: Keluarga kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati lemas dalam kereta milik ibunya selepas ditinggalkan secara tidak sengaja lebih lima jam, diziarahi jiran dan rakan yang bersimpati dengan tragedi itu. Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan, jam 5.30 petang, Khamis lalu, sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Beliau yang ditemui di perkarangan rumahnya di USJ 6, di sini, bagaimanapun enggan ditemubual pemberita dan memberitahu belum bersedia.
Menurutnya, keterangan wanita terbabit sukar diperoleh kerana emosinya belum stabil dan trauma dengan kejadian yang menimpa anak perempuannya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |