Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Audit sekolah, kantin pastikan keselamatan makanan Posted: 24 Jul 2013 02:16 AM PDT PUTRAJAYA: Semua sekolah dan kantin di seluruh negara akan diaudit untuk memastikan penyediaan dan pembekalan makanan memenuhi ciri keselamatan. Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam berkata, pengauditan itu dilakukan bagi memastikan murid dihidangkan dengan makanan yang bersih dan sihat, sekali gus mengelakkan kejadian keracunan makanan di sekolah. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/24 |
Posted: 24 Jul 2013 01:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Seniwati veteran, Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia dalam keadaan tidur di rumah anak sulungnya, Noraini Jaafar di Taman Melawati, Hulu Klang, di sini, kira-kira jam 4 pagi tadi. Kejadian itu disedari anak sulungnya yang mendapati arwah tidak bergerak ketika mengejutkannya untuk bersahur. Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahaudin sudah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Dahlia, Kampung Nelayan, Bawang Putih Bawang Merah, Pontianak Gua Musang, Tunang Pa' Dukun, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok, Esok Untuk Siapa, Abang dan Syukur 21. Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah digandingkan dengan Allahyarham Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton. Anak keempat, Noor Kumalasari Mohamed Taib, 57, sayu melihat jenazah ibunya. FOTO Salhani Ibrahim
Turut hadir menziarah jenazah Allahyarham ialah pelakon veteran seperti Datuk Mustapha Maarof, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Maria Menado, Datin Rosnani Jamil, Datuk Aziz Sattar, Mariani Ismail dan Datuk Yusof Haslam. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang dekat sini selepas solat Zohor, tadi. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |