Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Kanak-kanak jadi alat mengemis Posted: 28 Jul 2013 03:25 AM PDT KOTA BAHARU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mengesan sebuah sindiket yang memperalat kanak-kanak untuk mengemis di sekitar Pasar Borong Wakaf Che Yeh, destinasi tumpuan orang ramai membeli-belah di sini. Pengarahnya, Md Noor Chik berkata berdasarkan maklumat awam, aktiviti itu dikatakan berlarutan sejak beberapa bulan lepas. "Dalam serbuan malam tadi, kita menahan seorang kanak-kanak dan tiga pengemis dewasa, termasuk seorang warga asing, di sekitar kawasan itu. "Kanak-kanak terbabit bergerak secara solo, namun kita percaya masih terdapat kumpulan mereka yang berpecah bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa," katanya selepas menyertai Ops bersepadu Ramadan JKM dan Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di sini. Beliau berkata kanak-kanak berusia sembilan tahun itu masih ditahan untuk siasatan, dua pengemis dewasa warga tempatan dihantar ke Rumah Sri Kenangan, Pengkalan Chepa untuk penempatan sementara manakala pengemis warga asing diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/28 |
Posted: 28 Jul 2013 03:03 AM PDT LABUAN: Dua puluh empat orang ditahan ketika leka bermain judi siber dalam 'Operasi Dadu' di empat lokasi di bandar ini pada Khamis lepas dan semalam. Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata polis turut merampas wang tunai RM1,219 dan 78 set komputer. Operasi Dadu itu dijalankan di bangunan Ujung Pasir Utama Jaya; Lazenda Commercial Centre; Commercial Centre, Jalan Tun Mustapha; dan Bangunan Tang Kah Hua, Jalan Bunga Seroja. "Kami menahan tiga wanita yang bekerja sebagai penjaga manakala yang lain ialah pelanggan," katanya di sini. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |