Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Harimau Malaya tidak patut bersaing dengan kelab: Ibrahim Saad Posted: 29 Jul 2013 12:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Dr Ibrahim Saad menggesa badan induk bola sepak kebangsaan itu supaya mengurangkan penglibatan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan berstatus kelab. Beliau berkata perlawanan sebegitu tidak memanfaatkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal, malah boleh menjejaskan maruah mereka seandainya kalah kepada pasukan kelab kurang ternama terutamanya dari divisyen dua dan sebagainya.
"Sewaktu saya menjadi Setiausaha Agung (dari 2005-2007), kita (FAM) mengeluarkan satu garis panduan yang melarang jurulatih kebangsaan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab melainkan perlawanan berkenaan atas tiket jemputan. "Perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab juga tidak memberikan sebarang mata kepada sesebuah negara. Saya agak hairan bagaimana FAM boleh mengadakan perlawanan sedemikian sejak akhir-akhir ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Skuad Harimau Malaya bakal menamatkan aksi persahabatan di negara Matahari Terbit itu dengan bertemu pasukan Divisyen Dua, Tokyo Verdy, Rabu ini sebelum dijangka kembali ke tanah air pada Isnin depan. Ibrahim yang pernah menjadi pengurus skuad kebangsaan dari 2000-2005 sebaliknya menegaskan FAM perlu lebih memperbanyakkan aksi persahabatan menentang pasukan kebangsaan luar yang dilihat membantu menaikkan kedudukan bola sepak negara yang kini berada pada ranking ke-159 dunia Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA). "FIFA sendiri telah menetapkan terdapat beberapa bulan yang sesuai untuk mengadakan perlawanan persahabatan yang antara lain adalah saluran rasmi kepada negara anggota mereka untuk menaikkan ranking masing-masing. "Selain itu, FAM harus mempunyai rangkaian perhubungan yang baik dengan negara-negara luar untuk mengatur perlawanan persahabatan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada FIFA," kata Ibrahim. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perlawanan Antarabangsa FAM dari 2001-2003 itu turut berkata perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan luar tidak menelan kos besar memandangkan pasukan tuan rumah perlu menanggung kos kedatangan negara pelawat. Mengenai ranking skuad Harimau Malaya, Ibrahim berkata FAM selaku badan pentadbir utama sukan bola sepak negara perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi memastikan ranking skuad Harimau Malaya tidak mengalami kemerosotan. "Mungkin 10 pasukan terbaik di dunia enggan beraksi dengan kita, namun FAM perlulah merencanakan strategi untuk mengatur perlawanan dengan pasukan ranking ke-100 dunia dan ke atas. "Sekiranya skuad kebangsaan kita menang ke atas negara yang berada pada kedudukan lebih baik daripada kita, maka ranking mereka akan meningkat," kata Ibrahim. Untuk rekod, daripada 12 perlawanan persahabatan yang diharungi skuad Harimau Malaya tahun ini, mereka hanya mencatatkan dua kemenangan, seri sekali selain tewas baki sembilan perlawanan yang kebanyakannya kepada pasukan dari negara Arab. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29 |
Pemandu lori, isteri disamun 3 lelaki Posted: 28 Jul 2013 11:35 PM PDT GEORGETOWN: Tempoh 10 minit mendebarkan terpaksa ditempuh seorang pemandu lori apabila dia dan isteri menjadi mangsa samun tiga lelaki bersenjatakan parang dan juga alat renjatan elektrik dalam satu kejadian di depan sebuah pasar mini di Sungai Bakap, dekat sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun keluar dari lori untuk mengangkut barang dan meninggalkan isterinya dalam kenderaan terbabit.
Menurut sumber, ketika itu tiba-tiba tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Waja terus meluru dan berhenti di belakang lori mangsa dalam keadaan kelam kabut sebelum mereka menyerbu ke arah mangsa dan isterinya. "Mangsa ditarik keluar dari lori manakala isterinya yang berada di tempat penumpang diacukan parang oleh kumpulan penyamun terbabit dan mangsa yang ketakutan merayu meminta pertolongan kepada mereka supaya dilepaskan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |