Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Johor negeri pertama petakan jalan kampung secara digital: Khaled Nordin Posted: 07 Jul 2013 03:02 AM PDT JOHOR BAHRU: Johor mencipta sejarah sebagai negeri pertama di negara ini yang memetakan jalan kampung di seluruh negeri secara digital, dalam usaha meningkatkan dan penyelenggaraan jalan. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha itu membabitkan jarak keseluruhan 5,000 kilometer dan akan dilaksana dengan aplikasi berasaskan teknologi geoinformasi yang bakal dibangunkan Infra Desa Johor Sdn Bhd (IDJSB) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
"Aplikasi mengemas kini rangkaian jalan ini dibuat secara digital berbanding dahulu yang dilaksanakan secara manual dan memudahkan kerja menaik taraf serta memantau penyelenggaraan jalan di kawasan kampung berkenaan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Pelancaran 5,000 Kilometer Peta Rangkaian Jalan Kampung dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara IDJSB dan UTM di sini hari ini.
Aplikasi pemetaan itu dapat mengoptimumkan masa kerja serta mekanisme yang efisien bagi penyelenggaraan dan mengemas kini maklumat jalan kampung di negeri ini, katanya. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
Kerajaan sasar 3 kemalangan tempat kerja setipa 1,000 pekerja Posted: 07 Jul 2013 12:45 AM PDT KUCHING: Kerajaan menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja kepada tiga kes bagi setiap 1,000 pekerja pada 2015 berbanding nisbah 3.31 kes bagi setiap 1,000 pekerja pada tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot. Beliau berkata komitmen kerajaan dalam menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja akan meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa apabila syarikat di dalam dan luar negara yakin dengan keprihatinan kerajaan terhadap aspek perburuhan di negara ini.
"Ini seiring dengan fokus bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merangsang aktiviti pelaburan di Malaysia, yang dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion pada tahun ini," katanya ketika merasmikan majlis sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2013 peringkat kebangsaan di Tebingan Sungai Kuching di sini hari ini. Turut hadir Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk K Selvarajah dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Datuk Ir Dr Johari Basri.
Bagi Sarawak Perkeso mencatatkan sebanyak 333 kes semasa perjalanan ke tempat kerja daripada sejumlah 1,703 kes kemalangan di tempat kerja setakat Mei tahun ini berbanding 937 kes yang sama daripada sejumlah 4,4487 kes bagi tahun lepas. Beliau berkata Perkeso, sebagai badan kerajaan yang mempelopori Skim Keselamatan Sosial Pekerja di negara ini, akan melancarkan kempen perjalanan selamat ke tempat kerja dengan memberi tumpuan khusus kepada tindakan pencegahan kemalangan semasa ke tempat kerja. Tindakan itu, katanya, bertepatan dengan misi Perkeso dalam memberi kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada majikan dan orang berinsurans, yang juga merupakan matlamat Pertubuhan Buruh Antarabangsa. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |