{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


PKS boleh jadi multinasional dengan strategi produk yang baik: MATRADE

Posted: 09 Jul 2013 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menjadi syarikat multinasional di masa depan jika mereka melaksanakan strategi yang betul untuk menjenamakan produk dan perkhidmatan mereka, menurut Perbadanan Pembangunan Dagangan Luar Malaysia (MATRADE).

"Dengan penjenamaan yang baik dan sesuai, PKS boleh menembusi pasaran dan bersaing dengan peserta yang lebih besar di dalam industri," kata pengarah kanan bahagian pembangunan pengeksport Datuk Dzukifli Mahmud pada pelancaran awal Persidangan Usahawan Jenama 2013 untuk diadakan di sini pada 29 Ogos.

Acara itu adalah usaha sama antara Matrade dan Persatuan Penjenamaan Malaysia.

"Acara itu juga termasuk sesi pemadanan dagangan di mana syarikat tempatan akan membina hubungan perniagaan dengan peserta lain." kata presiden Datuk Eric Chong.


Selain peserta tempatan, peserta lain termasuk dari Asean, Timur Tengah, New Zealand dan Afrika.


Penceramah termasuk pengarah urusan kumpulan Eversendai Corp Bhd Tan Sri AK Nathan, presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dan ketua pegawai pemasaran Maybank Mohamed Adam Wee.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.brandingmalaysia.com - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/09

ATM sedia bawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir: Hishammuddin

Posted: 09 Jul 2013 01:41 AM PDT

ALOR GAJAH: Dua pesawat C130 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan dalam keadaan bersedia untuk operasi membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir sekiranya keadaan memerlukan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata pesawat ATM itu hanya akan digunakan sekiranya pelajar berkenaan tidak dapat dibawa keluar dengan menggunakan pesawat komersil jika keadaan di negara bergolak itu menjadi semakin genting dan mengancam nyawa mereka.

"Sekiranya keselamatan pelajar kita di tahap genting, ATM akan laksanakan operasi membawa keluar pelajar kita," katanya di sini, hari ini.

Beliau terdahulu melakukan lawatan kerja ke Kem Terendak dan Kem Sungai Udang di sini. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron.


Pada lawatan itu, Hishammuddin turut dianugerahi Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged (Para) yang dipakaikan oleh Zulkifeli. Para hadirin turut disajikan dengan demonstrasi ketenteraan oleh lebih 2,000 anggota 10 Briged (Para) yang antaranya terlibat dalam operasi ketenteraan di Lahad Datu.- Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/09

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat