Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 30 Jun 2013 11:53 AM PDT Kuala Lumpur: Tiga penjenayah yang dipercayai aktif dalam kegiatan samun kereta sekitar Lembah Klang ditahan dalam dua serbuan berasingan di ibu negara, kelmarin. Semua suspek yang ditahan dalam tempoh 24 jam itu, dipercayai daripada dua kumpulan samun kereta dengan tangkapan terbaru dilakukan sepasukan polis dari Balai Polis Wangsa Maju pada jam 4.15 petang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan dalam kereta itu polis menemui sebilah parang di bawah tempat duduk pemandu selain peralatan memecah kenderaan dipercayai digunakan suspek untuk melakukan aktiviti samun.
PERALATAN yang digunakan suspek (berbaju biru) dirampas. KERETA yang dilaporkan hilang di Taman Melati ditemui dalam serbuan di Taman Desa Setapak. Sementara itu, dalam satu lagi serbuan jam 10 malam Jumaat lalu, dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun yang menaiki sebuah kereta Toyota Alphard dicekup ketika cuba melarikan sebuah kereta mewah BMW X6 di kawasan rumah kedai Seksyen 1 Wangsa Maju, di sini.
Kedua-dua suspek aktif melakukan samun kereta mewah sejak beberapa bulan lalu dan polis menemui gambar kereta mewah Toyota Alphard dan BMW yang dimuatkan dalam kontena dipercayai disamun serta untuk diseludup ke luar negara. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |