Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 01 Jul 2013 01:07 PM PDT Kuala Lumpur: Tanpa disangka, semangat untuk bersukan yang baru nak dipupuk membawa padah kepada komposer Julfekar Ahmad Shah apabila ketika sedang bersiap-siap untuk bermain badminton di Kompleks Sukan Cheras, Ahad lalu, tiba-tiba dia rebah dan terus tidak boleh bergerak. Menurut Julfekar, dua artis di bawah naungan syarikatnya, MilleniumArt dan Dream Music Sdn Bhd, Min Yasmin dan Hafeez Hai yang mengajaknya bermain badminton dan dia dengan penuh bersemangat membeli satu set peralatan dan pakaian sukan. "Kejadian berlaku di rumah pada jam 9.30 pagi, sedang saya memusingkan badan untuk mengikat tali kasut tiba-tiba saya terdengar bunyi pada bahagian pinggang dan selepas itu saya terus rebah serta tidak boleh bergerak. "Terus Min dan Hafeez menghubungi ambulans dan saya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. Sebaik saja tiba di hospital, menerusi pemeriksaan awal mendapati gelinciran pada tulang pinggul saya tetapi pihak hospital akan mengesahkannya selepas membuat rawatan susulan pada 12 Julai ini," katanya. ANGGOTA paramedik merawat Julfekar.
"Saya sudah sewa studio ini, jadi saya perlu selesaikan kerja mengikut jadual. Walaupun masih sakit dan terpaksa bertongkat, saya datang juga. Hati rasa muda, tetapi usia tua tidak boleh dilindungi. Selepas ini terpaksalah saya menjaga kesihatan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |