Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 22 Jul 2013 10:24 AM PDT Kuala Lumpur: Gara-gara didakwa terlanggar motosikal diparkir hingga tumbang, seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) bisu, bermasalah pendengaran dan jantung berlubang berumur lapan tahun dipukul pemilik motosikal berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 49 tahun dalam kejadian di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, kelmarin. Mangsa, Muhammad Azmeen Mustama ditemui ibunya, Rosmiha Karim, 45, dalam keadaan ketakutan dan menangis di koridor flat itu jam 5.20 petang.
"Ketika itu saya, suami dan anak sulung berehat di ruang tamu rumah kami di tingkat satu. Walaupun menyangka bunyi kecoh itu bunyi orang bergaduh, tetapi saya rasa tak sedap hati sebab anak bongsu saya tiada di rumah.
ROSMIHA bersama anaknya, Muhammad Azmeen. Katanya, seorang jiran wanita kemudian datang kepadanya menyatakan dia melihat kejadian itu, tetapi tidak berani membantu kerana lelaki yang memukul kanak-kanak itu bengis.
Menurutnya, Muhammad Azmeen juga penghidap jantung berlubang dan dibedah di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2006 untuk dipasang alat khas menutup lubang di jantungnya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |