Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 25 Jul 2013 03:24 PM PDT Kuala Lumpur: Syarat penggunaan tanah bagi lot 58688 dan 58689 yang dicadangkan untuk pembangunan komersial masih dalam kategori perumahan dan bukan untuk zon perdagangan. Penduduk Hartamas Height, Azim Abdul Aziz berkata, ia hasil pemeriksaan di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan pada minggu ini dan bukan dakwaan tidak berasas.
"Mengikut perancangan mereka mahu membina tiga blok pangsapuri servis 5, 37 dan 47 tingkat membabitkan jumlah keseluruhan 680 rumah, selain pusat beli-belah di tapak bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan.
TAPAK yang dicadangkan untuk pembangunan komersial bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan. "Sudah tentu pasti akan ada (bakal pembeli) yang mempertikaikan keadaan itu seperti yang berlaku di tempat lain, walhal masjid berkenaa lebih awal dibina berbanding kawasan terbabit.
Semalam, Datuk bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, DBKL hanya mengikut hak pemilik tanah serta mengambil kira faktor persekitaran.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |