Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Kabinet sementara Mesir tiada wakil pro-Islam
- 20 murid maut akibat keracunan makanan di India
- Robot bancuh kopi
Kabinet sementara Mesir tiada wakil pro-Islam Posted: Kabinet sementara Mesir tiada wakil pro-Islam
KAHERAH - Kerajaan sementara pertama Mesir sejak Presiden Mohammed Morsi digulingkan oleh tentera dua minggu lalu mengangkat sumpah kelmarin selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penyokong Morsi. Kabinet baharu itu dianggotai oleh wanita dan Kristian tetapi tiada pemimpin Islam ekoran pihak tentera mahu Mesir ditadbir oleh golongan liberal. Kerajaan peralihan tersebut termasuk tiga menteri wanita dan tiga penganut Kristian Qibti. Seorang penganalisis politik, Samer Shehata berkata, antara isu utama yang perlu ditangani segera oleh kerajaan peralihan Mesir termasuk defisit bajet, merombak Kementerian Dalam Negeri, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan di Semenanjung Sinai. Pergerakan Islam terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin segera menolak Kabinet seramai 35 anggota tersebut. "Kami tidak mengiktiraf Kabinet itu atau kuasanya," kata jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad. Kerajaan sementara itu diketuai oleh pakar ekonomi Hazem Al-Beblawi sebagai Perdana Menteri Mesir. Ketua angkatan tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi yang mendalangi penggulingan Morsi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Majlis angkat sumpah kabinet baharu itu berlangsung di ibu kota Mesir di sini selepas tujuh orang terbunuh manakala 26 lagi cedera dalam pertempuran semalaman antara pasukan keselamatan dengan penyokong Morsi. Kematian terbaharu itu menjadikan angka korban keseluruhan sejak rampasan kuasa di Mesir meningkat kepada lebih 100 orang. Satu sumber keselamatan dipetik media Mesir sebagai melaporkan seramai 401 penunjuk perasaan ditahan di sini, manakala sekurang-kurangnya 17 anggota keselamatan cedera dalam keganasan kelmarin. Beribu-ribu penyokong Morsi membanjiri jalan-jalan raya selepas waktu berbuka puasa bagi menuntut pemimpin mereka kembali dilantik sebagai Presiden Mesir. Sebahagian rakyat Mesir menuduh Morsi mengutamakan Ikhwanul Muslimin dan gagal memulihkan ekonomi sepanjang setahun memimpin negara itu. - Agensi | |
20 murid maut akibat keracunan makanan di India Posted: 20 murid maut akibat keracunan makanan di IndiaSEORANG lelaki menangis sambil memangku mayat anak perempuannya yang maut selepas makan makanan tercemar di sebuah sekolah di Patna, India semalam.- ap PATNA - Sekurang-kurangnya 20 murid maut dan sejumlah yang lain jatuh sakit selepas mereka memakan makanan percuma di sebuah sekolah rendah di timur India, kata seorang pegawai semalam. Pegawai di negeri Bihar, Abhijit Sinha berkata, 27 murid lain dan tukang masak sekolah dimasukkan ke hospital di Patna. Seramai 10 daripada mereka berada dalam keadaan kritikal. Murid-murid itu berusia antara lapan hingga 11 tahun. Mereka jatuh sakit selepas menikmati juadah tengah hari di sekolah itu kelmarin di Masrakh, sebuah kampung yang terletak 80 kilometer di utara Patna. Menurut Sinha, mereka dibawa ke sebuah hospital tempatan dan kemudian dipindahkan ke pusat perubatan di Patna. Makanan tersebut dimasak di dapur sekolah itu. Namun, pihak berkuasa sekolah menghentikan hidangan makanan tersebut selepas murid-murid mula muntah. Menteri Pendidikan Bihar, P.K. Sahi berkata, siasatan awal mendapati makanan itu dikesan mengandungi sejenis racun makhluk perosak yang digunakan dalam penanaman padi dan gandum. Makanan tersebut dipercayai tidak dibasuh sebelum ia dihidangkan di sekolah. Kebanyakan pemerintah negeri di India melancarkan program makan tengah hari secara percuma kepada murid-murid miskin. Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar mengarahkan satu siasatan dilakukan. Pihak berkuasa telah menggantung tugas seorang pemeriksa makanan dan mendakwa kes terbabit sebagai kecuaian guru besar sekolah itu. - AP | |
Posted: Robot bancuh kopiRAPIRO dilengkapi dengan 12 penggerak dan mata LED selain mampu berjalan dan menggerakkan tangan.- AFP WASHINGTON - Sebuah syarikat Jepun di sini telah mencipta sebuah robot berbentuk manusia yang boleh membancuh kopi untuk pemiliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Diberi nama Rapiro, robot comel itu dikawal menggunakan komputer bersaiz kad kredit berasaskan perisian Linux, Raspberry Pi. Selain membancuh kopi, robot mini itu boleh diprogramkan untuk melakukan beberapa tugas lain seperti menyusun jadual waktu dan memberitahu mengenai keadaan cuaca. Rapiro juga boleh dilengkapi kamera untuk membolehkannya mengumpulkan data visual. Robot berkenaan dilengkapi 13 peranti motor untuk membantunya bergerak. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |