Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
Posted: NSF mahu demokrasi kekal
KAHERAH - Pakatan pembangkang utama Mesir semalam menegaskan ia tidak menyokong rampasan kuasa oleh tentera bagi menamatkan pemerintahan Presiden Mohammed Morsi. Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) memberitahu, kata dua tentera Mesir yang memberi masa 48 jam untuk Morsi berundur bukan bermakna pihak tentera akan mencampuri urusan politik negara itu. "Tidak, kami tidak menyokong rampasan kuasa tentera. Sejak ditubuhkan pada November 2012, NSF komited pada pemerintahan awam, moden dan demokratik. "Kami percaya deklarasi tentera kelmarin bukan bermaksud mereka ingin terlibat dalam politik atau memainkan peranan politik di negara ini," tambah kenyataan sama. Menurut NSF, tuntutannya supaya Morsi meletak jawatan tidak melanggar prinsip demokrasi sebaliknya ia satu cubaan untuk menghidupkan semula revolusi rakyat yang menumbangkan diktator Hosni Mubarak pada 2011. Dalam pada itu, kedudukan Morsi semakin terpinggir apabila Mahkamah Rayuan memerintahkan Presiden Mesir itu melantik semula Peguam Negara Mahmoud Abdel-Meguid yang dipecat olehnya pada tahun lalu. Selain itu, beberapa menteri kabinet termasuk daripada porfolio pelancongan, alam sekitar, komunikasi dan hal ehwal perundangan Mesir bertindak meletak jawatan kelmarin. Perkembangan itu berlaku sehari selepas protes besar-besaran di seluruh negara bagi mendesak Morsi berundur. Presiden tersebut didakwa cuba mendominasi kuasa dan meluaskan pengaruh pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin dalam pentadbiran Mesir. Tunjuk perasaan besar-besaran itu yang bertukar ganas telah meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa kelmarin. - Agensi | |
Posted: Snowden temui jalan buntuSKRIN besar sebuah pusat beli-belah di Hong Kong menunjukkan imej bekas ejen CIA, Edward Snowden pada 23 Jun lalu.- AP MOSCOW - Percubaan pembocor maklumat program pengintipan rahsia Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden untuk berlindung di luar AS menemui laluan sukar semalam. Media tempatan melaporkan Snowden membatalkan permohonan suaka di Rusia manakala beberapa negara Eropah lain menyatakan permohonannya tidak akan dipertimbang kerana dibuat dari luar negara. Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum ini berkata, negaranya bersedia untuk memberi perlindungan kepada Snowden jika dia berhenti membocorkan maklumat rahsia AS. Sehingga kini, Snowden gagal menepati syarat tersebut. Namun, pada masa yang sama, Putin memberitahu beliau tiada rancangan untuk menyerahkan Snowden kepada AS. Sementara itu, beberapa negara Eropah yang menerima permohonan suaka politik daripada Snowden termasuk Jerman, Norway, Austria, Poland, Finland dan Switzerland menyatakan, dia tidak boleh memohon suaka dari luar negara. Snowden juga dilaporkan telah menghantar permohonan suaka kepada Bolivia, Brazil, China, Cuba, Ecuador, Perancis, Iceland, India, Itali, Ireland, Belanda, Nicaragua, Sepanyol dan Venezuela. Bagaimanapun, pihak berkuasa Ecuador menyatakan mereka memerlukan masa hingga beberapa bulan untuk menimbang perkara tersebut. Dia kini berlindung di zon transit Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Moscow sejak beberapa hari lalu. Snowden yang merupakan bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) dan juruteknik Agensi Perisikan Pusat (CIA) kini diburu pihak berkuasa AS berikutan tindakannya membocorkan rahsia negara kepada media. Lelaki berusia 29 tahun itu mendedahkan bahawa NSA membina program pengintipan yang boleh mengintip maklumat seluruh warga AS. Dia sebelum ini melarikan diri ke Hong Kong sekali gus meninggalkan kehidupan selesa di Hawaii, gaji AS$200,000 (RM618,700), seorang teman wanita, kerjaya yang stabil dan keluarga yang menyayanginya. - Agensi | |
Bangunan terbesar di dunia dibuka Posted: Bangunan terbesar di dunia dibukaIMEJ menunjukkan bentuk bangunan terbesar di China yang dibuka pada hujung minggu lalu.- AFP SICHUAN - China membuka sebuah bangunan terbesar di dunia kelmarin dengan kompleks tersebut berkeluasan 1.76 juta meter persegi, lapor akhbar Daily Mail semalam. Dinamakan Pusat Alaf Baharu Global, bangunan tersebut mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Kompleks gergasi itu boleh memuatkan 20 bangunan Rumah Opera Sydney atau tiga bangunan Pentagon. Binaan tersebut terletak di Chengdu, dalam wilayah Sichuan di barat daya China. Menurut beberapa laporan, bangunan tersebut panjang 500 meter dengan lebar 400 meter dan tinggi 100 meter. Kompleks tersebut dilengkapi beberapa pusat beli-belah, hotel, sebuah taman tema air, gelanggang luncur ais, hotel dan sebuah perkampungan Mediterranean. Ia direka oleh seorang arkitek berdarah campuran Iraq dan Britain, Zaha Hadid. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |