Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Gempa berukuran 6.0 melanda Sumatera
- Astronomi Britain tubuh pasukan pakar kesan makhluk asing
- Portal kerajaan Nigeria diserang aktivis gay
Gempa berukuran 6.0 melanda Sumatera Posted: Gempa berukuran 6.0 melanda Sumatera
JAKARTA - Satu gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter melanda wilayah Sumatera, Indonesia semalam, kata ahli seismologi Amerika Syarikat (AS). Kejadian itu berlaku selepas beberapa hari gempa bumi menggegarkan wilayah Aceh yang mengorbankan berpuluh-puluh orang dan menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal. Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal AS, tiada amaran tsunami dikeluarkan. Tiada laporan kerosakan diterima selepas gempa itu berlaku di kedalaman cuma 23 kilometer di luar pantai barat daya kepulauan Indonesia itu. Pusat gempa itu berlaku berhampiran kepulauan terpencil di Mentawai. Seorang pegawai pusat meteorologi, iklim dan geofizik tempatan, Suharjono berkata, gempa bumi pada hari Sabtu (semalam) tidak mungkin menyebabkan kerosakan dan tsunami. "Jika dinilai daripada magnitud gempa dan jarak dari pusat gempa ke daratan, saya tidak fikir gegaran itu akan memberi kesan yang signifikan," kata Suharjono yang mendakwa gegaran tersebut turut dirasai di dua wilayah di Sumatera. - AFP | |
Astronomi Britain tubuh pasukan pakar kesan makhluk asing Posted: Astronomi Britain tubuh pasukan pakar kesan makhluk asingKEWUJUDAN ET akan dipantau melalui teleskop radio oleh para saintis yang terlibat mengesan makhluk asing atau planet baharu. PARIS - Beberapa ahli astronomi Britain telah menubuhkan satu rangkaian pakar untuk meningkatkan usaha risikan bagi mengesan makhluk asing, kata Persatuan Astronomi Diraja (RAS) kelmarin. Menurut pertubuhan itu, kumpulan perintis tersebut terdiri daripada beberapa orang ahli akademik daripada 11 buah institusi di Britain. Kumpulan tersebut akan meneliti data yang diperoleh daripada teleskop radio dan bertukar-tukar pendapat mengenai cara untuk mengesan sebarang isyarat daripada tamadun lain dan kemudian mentafsirkan maklumat berkenaan. Kumpulan itu dikenali sebagai Rangkaian Penyelidikan SETI United Kingdom (UKSRN). Salah seorang yang terlibat dalam kumpulan itu ialah ahli astronomi diraja, Sir Martin Rees iaitu bekas Presiden Royal Society yang kini bertindak sebagai penaung kumpulan penyelidik itu. Satu kenyataan akhbar dipetik berkata, UKSRN membentangkan gerak kerja mereka pada persidangan tahunan RAS di Edinburgh kelmarin. Sebelum ini, ahli astronomi di Institut SETI di Amerika Syarikat (AS) telah mencari tanda-tanda kehidupan di luar sistem suria sejak tahun 1984. Sehingga kini tiada sebarang isyarat dikesan. Namun minat terhadap usaha bagi mengesan makhluk asing masih kekal kukuh. Keadaan itu didorong oleh penemuan beberapa buah planet baharu yang terletak jauh mengelilingi sistem suria. Planet itu dikesan ketika usaha pengawasan makhluk asing dilakukan. - AFP | |
Portal kerajaan Nigeria diserang aktivis gay Posted: Portal kerajaan Nigeria diserang aktivis gayLAGOS, Nigeria - Kementerian Penerangan Nigeria menyatakan bahawa pihaknya telah berjaya mematahkan satu serangan siber di laman web pemerintah negara tersebut yang dilakukan oleh beberapa aktivis hak asasi gay. Satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar kementerian tersebut, Joseph Mutah dipetik berkata, pada malam Khamis lalu laman web www.nigeria.gov.ng telah digodam oleh aktivis gay. Kumpulan sama baru-baru ini dikatakan menyerang beberapa laman web pemerintah Nigeria dalam usaha mereka untuk memperjuangkan hak asasi kaum homoseksual. Agensi berita tempatan melaporkan, terdapat satu pesanan di sebuah laman web yang digodam memberi tempoh 72 jam kepada Presiden Goodluck Jonathan supaya membatalkan undang-undang baharu yang akan memenjarakan golongan homoseksual. Kumpulan penggodam tersebut turut mengugut untuk mendedahkan maklumat sensitif bermula dengan pendedahan beberapa bukti mengejutkan, tetapi ia tidak berkaitan dengan rasuah. Mutah menyifatkan ia sebagai satu tindakan jenayah yang cuba memeras ugut negara. Beliau menegaskan bahawa rakyat Nigeria menentang perlaksanaan hak-hak golongan gay. - AP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |