Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Teruja menanti Februari 2014HATI siapa tidak terguris seandainya hari bahagia yang direncanakan selama ini dicemarkan dengan kata-kata nista daripada pihak yang mungkin iri hati dengan kebahagiaan yang dimiliki. Situasi itu terjadi kepada pemilik nama Samihah Omar atau lebih terkenal dengan panggilan Misha Omar, 31, yang mengakui terluka dengan dakwaan dia menangguhkan perkahwinan gara-gara ingin menyelesaikan proses penceraian dengan seorang usahawan dari negeri Kelantan. Pernah suatu ketika pada sekitar tahun 2011, timbul desas-desus mengatakan Misha telah berkahwin dengan seorang usahawan yang digelar Datuk K dan menjadi isteri ketiga kepada lelaki itu. Bagaimanapun, Misha hanya menafikan spekulasi itu menerusi laman sosial Twitternya, @iammishaomar. Akhirnya, kesempatan bertemu dengan pelantun lagu Bunga Bunga Cinta itu baru-baru ini, Misha membuka mulut. "Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki. Jika benar saya pernah berkahwin, tunjukkan buktinya atau boleh merujuk nama saya di mana-mana pejabat agama. "Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan. "Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin. "Selama ini saya banyak berdiam diri dan ini adalah masa yang sesuai untuk membidas kenyataan itu. Dayus bagi lelaki yang menceraikan Misha Omar!" tegasnya yang ditemui pada majlis pelantikan Misha Omar sebagai duta Colourland Paints Sdn. Bhd. di The Bee, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini. Umum nikah Kesempatan sama diambil Misha untuk membuat pengumuman penting yang selama ini dinanti-nantikan oleh peminatnya.
Misha memberitahu yang dia bakal menamatkan zaman solo bersama tunangnya, Fiross Ezzwan Rossly, 31, pada bulan Februari tahun depan. "Alhamdulillah, setelah ditangguhkan sebanyak dua kali, saya dan tunang telah membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan Februari tahun depan. "Kedua-dua belah pihak akan berbincang bagi menetapkan tarikh rasmi majlis pernikahan kami selepas perjumpaan pada hari raya Aidilfitri ini," maklum Misha. Misha dan Fiross telah mengikat tali pertunangan pada bulan Februari tahun lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun sama tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran tunangnya yang merupakan juruterbang Malaysia Airlines (MAS) terpaksa mengikuti latihan bagi mendapatkan lesen memandu pesawat jenis Airbus. Pasangan itu kemudian merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada Februari tahun ini, namun terpaksa ditangguhkan sekali lagi gara-gara jadual kerjaya seni Misha yang terlalu padat sehingga Oktober depan. Februari Relevan bulan Februari diputuskan Misha tiada kena mengena dengan sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih, sebaliknya kata Misha bulan itu dipilih memandangkan genap dua tahun usia pertunangannya. "Februari bagi saya bulan yang manis dan sempena genap dua tahun saya dan Fiross bertunang. Saya tidak terfikir pun mengenai sambutan Hari Valentine. "Tambahan pula, jadual kerjaya saya pada suku pertama tahun depan agak lapang jadi kalau hendak dilangsungkan perkahwinan, rasanya itu tarikh terbaik.
"Kami tidak mahu berkahwin dalam suasana yang kelam-kabut dan masing-masing tertekan dengan kerja. Lantaran faktor itu juga, dua tahun majlis perkahwinan kami tertangguh," tambah finalis program Hiburan Minggu Ini tahun 2001 itu. Misha menyifatkan majlis perkahwinannya bakal menjadi sebuah majlis yang sederhana mengikut gayanya dan terlalu awal untuk dia memikirkan soal tajaan menjelang hari bahagianya. Paling penting kata Misha adalah majlis akad nikah akan dilangsungkan di Kota Bharu, Kelantan memandangkan kebanyakan saudara-maranya berada di sana. "Konsep penajaan adalah situasi menang-menang dan sejujurnya sampai hari ini saya masih belum mempertimbangkan mana-mana penajaan lagi. "Pihak pengurusan saya ada dihubungi beberapa pihak untuk penajaan tapi saya harus mempertimbangkan perkara itu. Kalau boleh saya inginkan majlis yang paling ringkas," jelas Misha. Jarak masa yang terlalu panjang selepas bertunang hingga majlis pernikahan kata Misha telah banyak mengubah corak kehidupannya. "Saya melihat hidup saya telah banyak berubah selepas bertunang. Saya kini lebih produktif dan jadual kerjaya saya juga padat. "Saya boleh terus bergiat aktif dalam bidang nyanyian, selain itu dapat beraksi di pentas teater, berlakon drama dan terbaharu dilantik menjadi duta. "Tanggapan negatif sebenarnya mencurahkan lebih banyak rezeki. Alhamdulillah, saya selesa di zon saya sendiri," simpul Misha kemas. | ||||||
Posted: Adele pamer wajah anakSEBELUM ini, penyanyi Adele begitu menjaga privasi anak sulungnya, Angelo James Konecki daripada umum. Malah, pelantun lagu Rolling In The Deep itu sempat dikutuk kerana begitu merahsiakan wajah anaknya. Ada yang mencemuh wajah Angelo hodoh dan berbadan gempal seperti penyanyi itu. Bagaimanapun baru-baru ini Adele telah mempamerkan wajah Angelo sewaktu membawa anaknya itu keluar bersiar-siar di New York City tanpa cuba menyembunyikan wajah Angelo. Angelo dilihat memakai topi berwarna putih dan Adele sentiasa mendukung anak hasil perkongsian hidupnya bersama Simon Konecki. Mereka juga dilihat menghabiskan masa di Central Park Zoo dengan gembira. Biarpun begitu 'terbuka', mereka bagaimanapun dikawal dan ditemani oleh lima orang yang sentiasa mengawal pergerakan anak-beranak itu. | ||||||
Artis pertama asia rakamkan biografi Posted: Artis pertama asia rakamkan biografi Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN
MENJADI artis pertama Asia yang menembusi rancangan antarabangsa iaitu E! Entertainment merupakan suatu perkembangan karier yang baik bagi pelakon, pengacara dan penyanyi Aaron Aziz. Perkembangan itu sekali gus akan membuatkan nama Aaron semakin dikenali ramai, terutamanya ke peringkat yang lebih tinggi berikutan E! Entertainment merupakan salah satu rancangan paling hit masa kini. Tidak melepaskan peluang keemasan itu, buat julung-julung kalinya Aaron yang merupakan artis berasal dari Singapura akan muncul di saluran Astro, 712 dalam program berjudul E! Special: Aaron Aziz. Program berkenaan akan memaparkan kehidupan sebenar Aaron di sebalik kejayaannya sebagai artis ternama, sama seperti rancangan E! True Hollywood Story. Menurut Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, di dalam naskhah berbentuk biografi itu nanti, peminat akan dapat melihat bagaimana dia menjalani hidup sebagai orang biasa.
"Dalam cerita berdurasi satu jam itu, ada antara kisah hidup saya yang belum pernah dipaparkan kepada umum. Antara salah satu yang boleh saya sebutkan ialah saya ini pernah berkawan dengan kumpulan gengster di Singapura. "Namun, itu semua pada zaman saya remaja. Waktu itu saya sedang membesar dan ingin mencuba semua benda yang saya rasakan seronok. "Saya memang suka bergaul dengan semua orang. Walaupun begitu, tidak semestinya jika saya bergaul dengan gengster, saya pun akan turut sama jadi seperti mereka," jelasnya ketika mengadakan sesi temu bual eksklusif di Restoran Bait, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini. Tambah Aaron, sebenarnya dia belum melihat lagi secara keseluruhan hasil daripada rakaman kehidupannya itu. Apa yang diketahuinya, kru produksi ada menemu bual isteri serta beberapa kenalan rapatnya seperti Lisa Surihani, Datuk Yusof Haslam dan peminatnya, Aaronators untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kehidupan peribadinya.
Ditanya tidakkah nanti dia takut ada di antara babak dalam rancangan yang bakal bersiaran pada 7 Julai itu akan memaparkan sisi negatifnya, dengan yakin Aaron menjelaskan tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana dia tidak pernah melaku- kan sesuatu yang salah. "Bayangkan, sehingga pihak produksi sendiri bertanya kepada saya dan isteri, tidakkah saya ada apa-apa kontroversi yang boleh dipaparkan di dalam rancangan itu nanti. "Mungkin sebab itulah mereka memilih saya kerana saya adalah seorang yang sangat santai dan mudah untuk diajak berbual. Saya sering menganggap diri saya sebagai orang biasa," jelasnya. Aaron juga menyifatkan penyiaran program biografi khas untuknya itu sebagai suatu penghormatan dan penghargaan buat dirinya kerana sebelum ini dia tidak pernah menganggap dirinya berjaya tetapi mungkin sudah tertulis rezeki ini miliknya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang sibuk berada di set penggambaraan Tentang Hati untuk siaran TV1 bersama aktres Fasha Sandha. Selain itu, dia bakal memasuki set pengambaran Adam dan Hawa The Movie pada 1 September depan. Jelasnya, semua pelakon, kru dan pihak produksi tetap kekal sama. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |