{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Ustaz Azhar Idrus calon Pas?

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

Azhar Idrus

KUALA TERENGGANU 30 Jun - Pendakwah terkenal, Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus (UAI) sekali lagi disebut-sebut sebagai calon Pas bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Desas-desus mengenainya kini heboh diperkatakan dalam internet termasuk laman-laman blog dan usaha Pas dikatakan bakal meletakkan calon itu dengan harapan parti berkenaan mampu merampas kerusi DUN tersebut daripada Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, kerusi itu disandang oleh calon BN yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia Rabu lalu.

Penceramah bebas berusia 49 tahun dan berasal dari Kampung Ladang di sini itu sebelum ini pernah disebut-sebut antara calon Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Dalam ruang sembang internet serta laman blog ketika ini rancak mengaitkan UAI sebagai calon paling layak bagi merebut kerusi DUN berkenaan.

Malah, mereka optimis Pas bakal menamakan pendakwah tersebut sebagai calon paling sesuai yang diharapkan boleh memberi kemenangan kepada parti itu nanti.

Kerusi DUN Kuala Besut kini kosong berikutan kematian A. Rahman pada pukul 10.18 pagi, 26 Jun lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dipercayai akibat komplikasi paru-paru berair.

Dalam PRU lalu, Allahyarham A. Rahman menewaskan calon muslimat Pas, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Allahyarham memperoleh 8,809 undi manakala Napisah 6,375 undi.

UMNO Besut yakin pengundi sokong BN

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

BESUT 30 Jun - UMNO Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata, ini kerana pengundi melihat kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) melalui projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan terutama untuk golongan nelayan di kawasan itu.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr. A. Rahman Mokhtar, 55, Rabu lepas akibat kanser paru-paru.

Wan Zakaria berkata, sepanjang tempoh Allahyarham Dr. A. Rahman menjadi wakil rakyat di kawasan itu, banyak projek pembangunan yang telah dilaksanakan dan masih banyak lagi sedang dibangun dan dalam perancangan.

"Pengundi di DUN Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan termasuk di Pulau Perhentian akan dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Wan Zakaria antara rancangan besar yang sedang dibangunkan di Pulau Perhentian termasuk pembangunan penempatan penduduk melalui pembinaan tiga blok rumah pangsa, masjid dan projek pelancongan.

Wan Zakaria yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal berkata, pertandingan merebut kerusi DUN Kuala Besut dijangka menarik kerana ia pilihan raya kecil pertama selepas PRU-13 Mei lalu dan berdasarkan pengalamannya beliau yakin peluang BN mempertahankan kerusi itu adalah cerah. - BERNAMA

Bersemuka pengundi strategi berkesan

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

BESUT 30 Jun - Kempen bertemu pengundi secara bersemuka dianggap strategi paling berkesan bagi memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kekal milik Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil DUN berkenaan.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, sehubungan itu, jentera UMNO Kuala Besut khususnya bahagian penerangan digesa lebih kerap turun padang untuk mendekati pengundi di situ.

"Dalam hal ini, jentera Penerangan UMNO di peringkat Pusat, negeri (Terengganu) dan bahagian (Besut) akan bergerak bersama bagi menjayakan gerak kerja penerangan dalam menghadapi pilihan raya kecil Kuala Besut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama jentera penerangan UMNO empat peringkat Bahagian Besut di Damai Beach Resort dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pendidikan ll yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh serta Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat