{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Puasa cara Black, Amir, One

Posted:

Puasa cara Black, Amir, One

Puasa cara Black, Amir, One

DARI kiri: Amir, Black dan One bergabung di dalam drama OMG.


PENYANYI Black, Anas (Mentor), Amir Jahari dan One Sofazr kini bergabung menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Ohsem Music Group (OMG).

Tidak kisah dengan pandangan masyarakat, menariknya muzik yang dibawa mereka menjurus kepada lagu-lagu Inggeris.

Bagaimanakah kerjaya nyanyian solo Black, Anas dan Amir? Ke manakah hala tuju Sofazr selepas ketiadaan pemain dram mereka iaitu One? Kenapakah mereka bergabung menubuhkan kumpulan OMG?

Semua persoalan itu bakal terjawab menerusi drama mini bersiri empat episod Ohsem Music Group (OMG), yang kini bersiaran di TV3 pada setiap hari Sabtu, pukul 9 malam.

Drama tersebut mengisahkan empat anak muda iaitu Bai (Black), Teng (One), Bo (Anas) dan Kem (Amir) yang berbakat dalam bidang muzik di Kampung London. Mereka menamakan kumpulan mereka Ohsem Music Group (OMG).

Kumpulan OMG popular di Kampung London kerana keunikan dan bakat mereka yang boleh menyampaikan lagu Inggeris dengan baik serta persembahan yang energetik.

Mereka sering dijemput membuat persembahan pada majlis kenduri kahwin dan pernah menjuarai pertandingan Battle of the Band di kampung itu selama dua tahun berturut-turut.

Kosmo! berpeluang menemu bual tiga pelakon utama drama OMG iaitu Black, Amir dan One. Ikuti kisah mereka dan juga cerita Ramadan serta sambutan Aidilfitri tiga selebriti tersebut.

Black enggan berlakon lagi

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah mengakui, tidak sukar membawakan watak Bai kerana ia hampir menyamai dirinya.

"Bai merupakan anak bongsu, jadi dia manja dengan ibunya. Tidak sukar sebenarnya bawa watak Bai kerana ia bukan watak yang serius. Wataknya sama seperti diri saya yang juga bongsu dan anak ibu," ungkapnya sambil menguntum senyuman ketika ditemui pada sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, dedah Black, dia bersetuju membintangi OMG bukan hanya kerana menyukai karakter Bai tetapi juga disebabkan wataknya itu tidak mempunyai pasangan kekasih.


DRAMA OMG memberi pengalaman yang berbeza buat Black, Amir dan One. Sebagai pemuzik, mereka teruja berlakon, namun masih mahu memberi fokus terhadap bidang nyanyian.


Akuinya, dia susah berinteraksi mahupun berlakon bersama wanita jika wataknya itu mempunyai kekasih.

Ditebak adakah itu disebabkan dia bimbang tunangnya cemburu atau sudah mendapat amaran awal supaya tidak berlakon bersama wanita, ulas Black, dia sebenarnya malu dengan wanita.

"Bukan sebab tunang cemburu atau halang saya berlakon dengan wanita lain tetapi sebenarnya saya malu dan tidak selesa berlakon babak romantis bersama wanita," ujarnya yang pernah bergandingan dengan Fasha Sandha dalam drama Dewa Cinta, tetapi bukan sebagai pasangan kekasih.

Bukan sahaja enggan berlakon dengan wanita, penyanyi lagu Drama King itu berkata, OMG juga merupakan drama terakhirnya.

Katanya: "Ini drama terakhir saya. Bukan sebab sesiapa, tetapi saya melihat karier nyanyian saya masih baik dan cantik. Saya tidak perlukan cabang lain. Selepas ini saya hanya akan fokus pada bidang muzik."

Disoal mengenai perkahwinannya pula, Black yang sepatutnya berkahwin pada 3 Julai lalu terpaksa menundanya ke tarikh lain ekoran masalah tertentu.

Ujarnya, kemungkinan besar majlis perkahwinannya akan berlangsung selepas sambutan Aidilfitri ini.

Mengulas mengenai aktiviti puasa dan persiapan menjelang raya, cerita Black, sepanjang Ramadan dia akan berehat dan sekadar memenuhi undangan amal.

"Kita ada 12 bulan dalam setahun. Bagi saya 11 bulan adalah tempoh untuk cari rezeki, manakala sebulan Ramadan itu adalah fokus saya untuk beramal. Kalau ada permintaan daripada badan-badan kebajikan semasa bulan Ramadan, saya akan terima," ujarnya yang turut berniaga buah tembikai di Kerinchi, Kuala Lumpur sepanjang Ramadan ini.

Amir kahwin Oktober ini

Pertama kali berlakon, Mohamad Amirullah Jahari atau Amir melahirkan keterujaannya membawakan watak Kem, seorang pemain bass yang kuat makan dan tidur.

Biarpun teruja, dedah Amir, dia tertekan kerana tidak cukup tidur akibat menghafal skrip.

"Saya sangat seronok bila dapat tawaran ini, tetapi tak sangka pula menghafal skrip sebenarnya susah. Saya terpaksa hafal skrip sampai tidak tidur. Akibatnya, mata saya bengkak macam panda," ujarnya sambil ketawa.

Berkongsi mengenai aktiviti puasanya, ujar Amir, dia akan mencipta lagu-lagu baharu untuk album terbaharunya.

Mengakui mengah ketika menyanyi, bicara Amir lanjut, dia juga akan bersukan setiap hari bagi meningkatkan staminanya.

"Album saya iaitu Penghibur Jalanan sudah muncuk, jadi fokus saya kini adalah untuk mencari bahan-bahan baharu untuk lagu-lagu terbaharu saya.

"Saya juga akan bermain bola keranjang pada waktu malam untuk meningkatkan stamina," jelas penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu.

Harapannya agar dia mampu menghasilkan sebuah lagu setiap hari seterusnya mempunyai 30 buah lagu sepanjang Ramadan.

Disoal mengenai memori puasa yang tidak boleh dilupakan, dedah Amir, ketika usianya 17 tahun dia pernah berbuka puasa sebelum masuk waktu kerana berasa sangat lapar.

"Dulu saya nakal. Selepas beli juadah saya terus mengambil kesempatan berbuka di belakang binaan TNB," luahnya yang malu dengan perbuatannya itu dan berjanji untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan ini.

Amir turut memberitahu, dia sedang sibuk menyediakan kelengkapan perkahwinannya pada Oktober ini.


BLACK bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini.


Bakal mengadakan perkahwinannya di sebuah hotel di Kuching, Sarawak, ulas pemuda berusia 21 tahun itu, dia akan berkahwin dengan wanita yang enam tahun lebih tua daripadanya, dikenali dengan nama Amni.

Mengakui tunangnya merupakan seorang peniaga di Kuching, Amir memberitahu, selepas berkahwin dia dan bakal isterinya itu akan duduk berasingan memandangkan karier nyanyiannya adalah di Kuala Lumpur.

"Saya tiada masalah berjauhan dengannya selepas kahwin. Sebabnya sejak kami bertunang pada Januari 2011, kami juga berjauhan yang mana saya di Kuala Lumpur dan dia pula bekerja di Kuching," ujarnya menutup bicara.

One panas baran

Bagi One atau nama sebenarnya Wan Shah Baharom Niktah, dia mengakui terpaksa membawa watak yang jauh berbeza dengan dirinya dalam drama OMG.

Membawa watak sebagai Teng, seorang pemain dram yang panas baran, ujar One, dia terpaksa menonton lakonan Zul Huzaimy untuk mendapatkan feel lakonan panas baran tersebut.

"Lucunya watak Teng ini, walaupun dia panas baran tetapi dia cair dengan wanita. Saya akui susah membawakan watak panas baran kerana saya bukannya seorang yang panas baran," ulasnya yang akan fokus pada perniagaan membuat laman web ketika bulan Ramadan.

One menerima banyak tempahan untuk membuat laman web atau mengemas kini laman web sepanjang bulan puasa ini. Bicara One lagi, setiap ahli Sofazr mempunyai beberapa cabang perniagaan.

One turut berkongsi perasaan teruja menyambut Ramadan tahun ini kerana ia merupakan Ramadan pertama disambut bersama isteri.

Bernikah dengan seorang guru bernama Ainul Shariza Muhthar pada 29 September lalu, One sangat menyukai masakan isterinya iaitu sambal kering ikan bilis dan kentang.

"Alhamdulillah, bila sudah kahwin saya tidak lagi makan di luar, tetapi hanya makan di rumah. Kepuasannya lain bila makan di rumah dengan air tangan isteri," jelasnya yang akan beraya di kampung isterinya di Tanjung Malim, Perak.

Farah AF nafi mencuri

Posted:

Farah AF nafi mencuri

Farah AF nafi mencuri

Oleh SITI AISYAH IBRAHIM

BAKAL muncul dengan lagu Sehati Sejiwa yang dijadikan runut bunyi drama Cinderella, Farah menegaskan ia merupakan permulaan yang baik buat dirinya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.


SEBUT sahaja Farah Breep Breep atau Farah AF pastinya semua orang mengenali dirinya. Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kedua itu kini kembali aktif dalam bidang nyanyian setelah sekian lama menyepi.

Dia bakal muncul dengan lagu Sehati Sejiwa yang diberi nafas baharu. Lagu itu dijadikan lagu runut bunyi untuk drama Cinderella lakonan Fizo Omar dan Nelydia Senrose.

Farah, 28, yang sebelum ini cukup sinonim sebagai hos terutama menerusi program Nasi Lemak Kopi O dan Rasa Halal Orient berkata: "Pembabitan saya dengan lagu runut untuk drama Cinderella yang berjudul Sehati Sejiwa ini merupakan suatu permulaan yang baik buat saya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian."

Baru sahaja muncul kembali, Farah tidak semena-mena dikaitkan dengan gosip 'panas' apabila dia ditohmah sebagai individu yang terlibat dengan kes mencuri di set penggambaran sebuah program.

Kes tersebut melibatkan banyak barang yang hilang seperti baju dan duit.

Farah didakwa tidak memulangkan semula baju yang dipakainya untuk mengacara dan dikatakan ada satu pihak yang cuba untuk menguji kejujuran Farah dengan meletakkan kertas-kertas yang dicetak saling tak ubah seperti wang kertas ke dalam poket baju yang dipinjamkan kepadanya.

Apabila baju itu dipulangkan, kertas yang konon-kononnya duit itu hilang begitu sahaja.

Kosmo! berkesempatan menemui Farah pada sesi rakaman suara di Studio Camwood, Damansara Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai gosip tersebut.

Namun, penjelasan yang diberikan oleh pemilik nama sebenar Farah Diana Anuar itu ternyata berbeza dengan gosip yang diuar-uarkan selama ini.

Siapa yang betul dan siapa yang salah sebenarnya?

Kosmo!: Ada gosip baru muncul tentang hos tangan panjang. Desas-desus mendakwa hos itu ialah Farah. Boleh Farah jelaskan tentang dakwaan tersebut?

FARAH: Sebenarnya, kejadian tersebut berlaku pada hari ketiga Ramadan. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya.

FARAH mengakui dirinya hampir pengsan apabila dituduh mencuri.


Pihak manakah yang Farah maksudkan?

Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa.

Apakah tindakan Farah untuk memperbetulkan keadaan pada ketika itu?

Sejujurnya, saya langsung tidak diberi langsung peluang untuk memperbetulkan keadaan tetapi saya dicerca dengan pelbagai tohmahan sehingga saya digelar pencuri, penjenayah dan pendatang. Tiada seorang pun yang bersama dengan (menyokong) saya. Saya cuba untuk hubungi ayah dan suami saya, namun telefon saya habis bateri ketika itu. Jika saya berkata yang benar pun, tidak akan ada yang percaya. Saya hampir pengsan apabila semua orang menyalahkan saya.

Namun, isu ini bukan kali pertama yang mengatakan Farah sebagai seorang yang panjang tangan, tetapi sudah ada kes yang mengatakan Farah juga sebenarnya mencuri iaitu tidak memulangkan semula busana yang dipakai semasa mengacara. Boleh Farah jelaskan?

Sepanjang karier saya, tidak pernah terjadi perkara sebegitu. Semua baju yang saya pakai, saya pulangkan semula. Jadi mana isu yang mengatakan saya tidak pulangkan semula baju tersebut. Selama saya bekerja sebagai duta Power Root dan pengacara, tidak pernah sesekali timbul isu ini, dan jika benar saya lakukannya, sudah lama saya diberhentikan atas tindakan tersebut.

Bagaimanakah akhirnya penyelesaian isu duit tersebut?

Sebenarnya, isu duit tersebut sudah selesai. Tuan empunya duit tersebut sangat bersahaja. Hanya orang di sekeliling yang melebih-lebih.

Tidakkah rasa keterlaluan apabila orang mempunyai prasangka buruk tentang diri Farah?

Sebenarnya, kita tidak boleh lari daripada ketidakpuasan hati orang lain. Saya amat terkilan apabila saya dituduh atas perkara yang saya tidak lakukan itu. Ini merupakan sesuatu yang dirancang untuk menjatuhkan saya!

Apakah ini merupakan satu dugaan buat Farah?

Sememangnya ini merupakan satu dugaan pada bulan puasa, dan saya reda dengan segala yang terjadi. Saya serik untuk lakukan kebaikan, apabila apa yang kita buat telah disalahertikan. Sepatutnya, pada bulan baik ini, buatlah benda yang baik dan jangan hanya menuduh benda yang tidak berasas kerana saya mahu berada lama dalam dunia seni ini.

Nasha sunyi sambut raya tanpa kekasih

Posted:

Nasha sunyi sambut raya tanpa kekasih

Nasha sunyi sambut raya tanpa kekasih

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

NASHA mengakui dia tidak berdiet pada hari raya dan boleh makan apa sahaja.


BERTEMU dengan pelakon yang kekal cantik seperti dulu, Noraishah Abdul Aziz atau Nasha Aziz, pada majlis berbuka puasa bersama media dan tayangan program Aidilfitri Astro di Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini, ada perkara menarik yang dikongsikannya.

Biarpun sedar peluang untuk menyingkap mengenai perihal peribadinya terutama mengenai teman hidup adalah satu hal yang mustahil, sedikit sebanyak pelakon dan juga model yang kini berusia 42 tahun itu lebih terbuka bercerita mengenainya.

Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2005 menerusi filem Trauma itu mengakui, dia sangat sunyi tanpa kekasih lebih-lebih lagi ketika menyambut kehadiran Syawal.

Baginya, jika orang lain gembira menyambut Syawal dengan kekasih hati dia pula sebaliknya.

"Sambutan raya saya sama sahaja setiap tahun. Sunyi, tanpa kekasih," ulasnya ringkas sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah hubungannya dengan promoter konsert terkenal, Nur Iman Tang sudah putus?

Enggan mengulas panjang jawapannya itu, ujar Nasha: "Nak buat macam mana kalau saya belum ada kekasih biarpun pada usia yang kini sudah mencecah 42 tahun."

Tambahnya, selepas lapan kali menyambut Ramadan tanpa mengambil sebarang tawaran berlakon, tahun ini buat pertama kalinya dia terlibat dalam penggambaran telefilem raya iaitu Kasih Bersulam Daun Palas.

Pandai anyam ketupat

Ujarnya, ada sebab kenapa dia bersetuju untuk membintangi telefilem yang bakal ditayangkan pada hari raya kedua, 9 Ogos, pukul 2 petang itu.

Menurutnya yang bakal bergandingan dengan pelakon Shah Iskandar, dia tidak berdaya menolak permintaan pihak Zeel Production kerana pujukan mereka terlalu kuat.

"Selama lapan tahun saya tidak ambil sebarang tawaran berlakon sepanjang bulan Ramadan, tetapi tahun ini saya terpaksa terima.

"Sebabnya, pihak Zeel Production terlalu beria-ia memujuk saya supaya berlakon dalam telefilem raya mereka. Mereka sangat pandai memujuk hingga saya tidak berdaya untuk menolaknya," ujarnya.

FIGURA yang kekal jelita ini bakal muncul pada hari raya kedua menerusi telefilem Kasih Bersulam Daun Palas.


Mengakui sangat selektif dalam memilih karya yang bakal dilakonkannya, ulas Nasha, dia tidak kisah wajahnya jarang ditonton di kaca TV kerana ingin menjaga nilai eksklusif dirinya.

Selain sibuk dalam bidang lakonan dan peragaan, kongsi Nasha, dia juga kini sibuk dengan dunia baharunya iaitu perniagaan korporat yang sedang diusahakan.

Namun, Nasha enggan mengulas lanjut perniagaan apa yang dijalankannya dan sekadar memberitahu ia masih di peringkat awal.

Menyingkap aktiviti sambutan Syawal pula, ujar Nasha, setiap tahun dia akan ditugaskan untuk menganyam ketupat nasi malah dia mampu menganyam sehingga 50 ketul ketupat seorang diri.

"Saya suka anyam ketupat nasi. Bagi saya, ia satu seni yang tidak pernah pupus tetapi orang akan lupa dari semasa ke semasa. Setiap tahun memang saya lah orangnya yang akan anyam ketupat ini. Kalau dah leka anyam sampai ke petang jadinya," ujarnya yang tidak akan berdiet ketika raya malah akan menikmati segala makanan yang ada.

Mengakui sangat menitikberatkan soal pemakanan, jelas Nasha, dia akan pastikan tubuhnya mampu menyarung pakaian-pakaian lamanya. Perkara itu bagi membuktikan tubuhnya sentiasa berada dalam bentuk yang sama.

Berkongsi sambutan raya pertamanya, ujar Nasha, setiap tahun, dia akan beraya bersama keluarganya di Kuala Lumpur.

Ungkapnya, setiap pagi raya dia akan melakukan solat raya berjemaah dan kemudiannya menziarahi kubur neneknya.

Disoal mengenai memori raya yang tidak dapat dilupakannya pula, cerita Nasha, ketika umurnya 10 tahun dia pernah terjatuh longkang besar kerana sibuk memanjat pagar melihat tetamu-tetamu yang datang ke rumahnya.

"Saya pernah jatuh longkang ketika raya. Memori itu sampai sekarang saya masih ingat sebab saya rasa ia sangat kelakar.

"Saya ini suka sangat tengok tetamu datang beraya. Bila dengar orang datang, saya orang pertama jenguk malah sanggup panjat pagar nak tengok tetamu yang datang.

"Akibatnya, masa saya darjah empat, ketika panjat pagar saya tersilap langkah sehingga terjatuh dalam longkang," luahnya yang malu tetapi dalam masa yang sama geli hati mengingatkan pengalaman hari rayanya ketika itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat