Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Raja Nazrin rasmi Masjid Kubu Gajah
- 150 penduduk sertai tadarus al-Quran
- PBTM sampaikan zakat kepada 65 bekas tentera
Raja Nazrin rasmi Masjid Kubu Gajah Posted: Raja Nazrin rasmi Masjid Kubu Gajah
MENGIMARAH MASJID. Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan merasmikan Masjid Kampung Kubu Gajah, Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak baru-baru ini. Pengerusi Masjid Kampung Kubu Gajah, Samsudin Man berkata, masjid yang dibina dengan kos RM1.5 juta itu mampu memuatkan 800 jemaah pada satu-satu masa. Beliau berkata, selepas berbuka puasa, Raja Nazrin menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah di masjid tersebut. "Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak berjumlah RM336,000 kepada asnaf fakir dan miskin sekitar Bagan Serai dan Parit Buntar," katanya. Turut hadir dalam majlis berkenaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. | |
150 penduduk sertai tadarus al-Quran Posted: 150 penduduk sertai tadarus al-QuranNOR SABRINA (empat dari kanan) berbual-bual dengan peserta tadarus al-Quran di Masjid Al-Irsyad Serdang, Kulim baru-baru ini. BERKAT. Seramai 150 penduduk termasuk pelajar sekolah menengah menyertai Majlis Tadarus al-Quran bagi mengimarahkan bulan Ramadan di Masjid Al-Irsyad Serdang, Kulim, Kedah baru-baru ini. Program itu dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd. Noor. Urus setia majlis itu, Syahrul Fiza Abdul Hamid berkata, program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk dan pelajar Maktab Mahmud Bandar Baharu. "Setiap peserta turut menerima senaskhah al-Quran dan buah tamar untuk berbuka puasa," katanya. | |
PBTM sampaikan zakat kepada 65 bekas tentera Posted: PBTM sampaikan zakat kepada 65 bekas tenteraMUHAMMAD berbual dengan beberapa bekas anggota tentera pada majlis sumbangan zakat perniagaan PBTM di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. SUMBANG. Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan zakat perniagaan kepada 65 bekas anggota tentera yang berusia lebih 70 tahun di Kota Bharu baru-baru ini. Yang dipertuanya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, sumbangan itu diharapkan dapat meringankan beban bekas anggota tentera tersebut membuat persiapan menyambut Aidilfitri. "Kebanyakan bekas anggota tentera itu telah uzur dan sumbangan tersebut diharapkan dapat menceriakan mereka pada bulan Ramadan. "Selain menerima bantuan, bekas anggota tentera tersebut dapat bertemu semula dengan rakan-rakan seperjuangan mereka semasa sama-sama bertugas sebelum ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |