Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 37 staf UMSKAL berkursus di Kiulu
- Rumah kebajikan terima sumbangan DRB-HICOM
- Bank Rakyat serah zakat RM1 juta kepada PZNS
37 staf UMSKAL berkursus di Kiulu Posted: 37 staf UMSKAL berkursus di Kiulu
SEMANGAT. Seramai 37 kakitangan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menyertai Kursus Kecemerlangan Diri (Team Building) di Kiulu, Tamparuli, Sabah baru-baru ini. Kursus tiga hari itu bertujuan untuk mendorong para peserta membina komitmen dan sikap kerjasama berpasukan, di samping menerapkan sikap positif individu dalam melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu kerja. Timbalan Pendaftar UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah berkata, kursus itu disertai oleh kakitangan dan urus setia universiti yang terdiri daripada semua peringkat jawatan. Katanya, antara pengisian program kursus adalah Trail Run & River Swim, Borneo Rafting, Village of Adventure dan Team Endeavor iaitu aktiviti yang bercorak Corporate Wargame. | |
Rumah kebajikan terima sumbangan DRB-HICOM Posted: Rumah kebajikan terima sumbangan DRB-HICOMMOHD. KHAMIL (tiga dari kanan) bersama para penerima sumbangan Kumpulan DRB-HICOM semasa DRB-HICOM Auto Fest 2013 II di Setia SPICE, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini. TUNAI TANGGUNGJAWAB. Kumpulan DRB-HICOM menyampaikan bantuan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan dua rumah kebajikan pada pameran DRB-HICOM Auto Fest 2013 di Setia SPICE, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini. Sumbangan sebanyak RM50,000 diterima Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) untuk membiayai projek kemanusiaan Mercy di Gaza, Palestin. Dua rumah kebajikan iaitu Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas dan Persatuan Perlindungan Kanak-kanak Pulau Pinang pula menerima sumbangan barangan keperluan harian selama setahun. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil. Beliau berkata, sumbangan itu sebahagian tanggungjawab sosial syarikat automotif konglomerat tempatan tersebut. | |
Bank Rakyat serah zakat RM1 juta kepada PZNS Posted: Bank Rakyat serah zakat RM1 juta kepada PZNSTUANKU MUHRIZ (kanan) menerima replika cek daripada Mustafha sambil diperhatikan Mohamad (dua dari kanan) di Seremban baru-baru ini. ZAKAT PERNIAGAAN. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menerima zakat perniagaan Bank Rakyat yang dibayar kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) sebanyak RM1,001,543 juta. Wang zakat itu diserahkan oleh Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd. Razak di Istana Hinggap, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini. Ia kemudian diterima oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar sebagai wakil PZNS. Mohamad berkata, pembayaran zakat itu disebabkan iklim rancak ekonomi selain peningkatan keuntungan yang dicapai melalui enam cawangan Bank Rakyat di negeri berkenaan. "Ia satu petanda baik ke arah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan yang semakin berkembang pesat pada masa ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |