Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
20 anak yatim hidup serba daif Posted: 20 anak yatim hidup serba daifOleh MOHD. HAFIZI AHMAD
RAWANG – Seramai 20 orang anak yatim hidup serba daif di sebuah rumah teres setingkat selepas mendakwa mereka dihalau oleh pihak pengurusan Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Ikhlas (Nur Ikhlas) di Sri Kundang di sini hanya kerana mereka tidak mampu membayar yuran bulanan RM150 kepada pusat jagaan itu. Nasib baik ada seorang penduduk tempatan di kawasan itu yang bersimpati membenarkan 20 anak yatim yang kesemuanya lelaki berusia tujuh hingga 15 tahun menumpang di sebuah rumah teres miliknya. Jarak antara rumah anak yatim di Sri Kundang dengan rumah teres yang didiami 20 anak yatim itu sekarang kira-kira lima kilometer. Rumah teres yang mempunyai tiga bilik tidur dengan satu bilik air itu sudah dijadikan tempat perlindungan kepada anak-anak malang itu sejak lebih enam bulan lalu dan diberi nama Pusat Jagaan Anak Yatim Sri Kundang (AYSK). Pengasas AYSK, Nor Azmi Jusoh mendakwa, kemelut 20 anak yatim itu tercetus pada tahun lalu apabila pihak pengurusan Nur Ikhlas membuat keputusan untuk mengenakan yuran bulanan sebanyak RM150 kepada setiap penghuninya berkuat kuasa Januari tahun ini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Nelayan jumpa rangka manusia terapung Posted: Nelayan jumpa rangka manusia terapung
BALIK PULAU - Seorang nelayan terkejut menemui satu rangka manusia yang lengkap berpakaian terapung di pesisiran pantai Pulau Kendi, Teluk Kumbar dekat sini semalam. Ketika ditemui pada pukul 11.37 pagi, nelayan yang berusia 40-an itu segera menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan penemuan tersebut. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md. Zin berkata, operasi membawa mayat ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Batu Maung dilakukan oleh pasukan Maritim Malaysia. "Pemeriksaan awal mendapati jantina mangsa yang memakai kemeja-T berwarna hitam dan kuning serta berseluar pendek itu adalah lelaki namun tiada sebarang pengenalan diri ditemui. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Pengganas Sulu ke-30 didakwaOleh MUSTAPA LAKAWA TAWAU – Seorang lagi individu didakwa di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan menganggotai kumpulan pengganas dalam insiden pencerobohan puak pengganas Sulu di Lahad Datu, Februari lalu. Tertuduh, Habil Suhaili mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim P.Ravinthran yang bersidang di Penjara Tawau. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kastam Lama, Lahad Datu dari 9 Februari hingga 4 Mac lalu mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail manakala tertuduh diwakili kumpulan peguam diketuai James Tsai. Mahkamah kemudian bersetuju kes Habil dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan dibicarakan bersama dengan kes-kes lain. Habil merupakan individu ke-30 yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas pelbagai kesalahan berhubung insiden pencerobohan puak Sulu pada Februari lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |