Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- 6,000 pelajar Malaysia selamat
- Jakim, jabatan agama negeri pantau pergerakan Syiah
- Buat dosa dalam kereta peronda
6,000 pelajar Malaysia selamat Posted: 6,000 pelajar Malaysia selamatOleh NOR IDAYU BOSRO
KUALA LUMPUR – Kira-kira 6,000 pelajar Malaysia di Mesir dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun konflik politik di negara itu kini semakin buruk apabila 120 penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi terbunuh dalam pertempuran dengan polis kelmarin. Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Abdul Aziz Ali (gambar kecil) berkata, walaupun penempatan pelajar Malaysia terletak tidak jauh dari lokasi pertempuran tersebut, namun tiada insiden dilaporkan membabitkan mereka setakat pukul 7 malam semalam. Menurutnya, kawasan penempatan pelajar Malaysia di Hayyu Sabiek, Kaherah terletak hanya kira-kira satu kilometer dari dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya, manakala satu lagi perumahan pelajar negara ialah di Hayyu Asyir yang terletak kira-kira enam kilometer dari lokasi pertempuran tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Jakim, jabatan agama negeri pantau pergerakan Syiah Posted: Jakim, jabatan agama negeri pantau pergerakan SyiahOTHMAN (kanan) menyampaikan sumbangan zakat kepada saudara baharu pada Majlis Berbuka Puasa Saudara Muslim Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan di Kok Lanas, Kota Bharu semalam. KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih memantau pergerakan Syiah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri memandangkan jumlah pengikut fahaman itu berbeza-beza mengikut negeri. Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, setakat ini tiada bilangan spesifik pengikut fahaman itu di negara ini memandangkan jumlahnya meningkat setiap hari. "Jabatan Agama Islam negeri juga menjalankan pemantauan bagi membantu kita (Jakim) mengesan kelompok mana yang terlibat," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Saudara Muslim Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Buat dosa dalam kereta peronda Posted: Buat dosa dalam kereta perondaOleh ADHAM SHADAN ISHAK diiring keluar dari Mahkamah Sesyen semalam. KOTA BHARU – Perbuatan keji seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor yang mencabul kehormatan seorang gadis berusia 15 tahun dan memaksanya melakukan seks oral di dalam kereta peronda berbalas apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Ishak Mahmud, 49, dari Kampung Kelubi, Pasir Puteh bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut yang dilakukannya kira-kira empat tahun lalu. "Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan," kata Azman. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |