Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Tebing ragut nyawa tiga buruhOleh ZULHILMI JALIL
AMPANG JAYA – Tiga buruh binaan warga Myanmar maut selepas tebing setinggi tiga meter di tapak projek perumahan Taman Sierra Ukay, Ukay Perdana dekat Hulu Kelang di sini runtuh semalam. Kejadian pada pukul 11.25 pagi itu mengorbankan mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Alam Yusup Ali, 33, Abdul Korim Was Korim, 36, dan Ramzawihakim Soyotdulah, 26. Seorang lagi pekerja, Zokoria Shobualam, 22, yang patah kedua-dua belah kaki dibawa ke Hospital Ampang. Difahamkan, kesemua mangsa baru dua minggu bekerja di tapak projek perumahan itu. Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul (gambar kecil) berkata, ketika kejadian, seramai lapan pekerja sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di kawasan itu. "Tebing tanah setinggi tiga meter yang berada di belakang mereka runtuh secara tiba-tiba menyebabkan empat daripadanya tertimbus," ceritanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
1M4U bakal ke peringkat global Posted: 1M4U bakal ke peringkat globalNAJIB menyampaikan kad keahlian sukarelawan 1M4U kepada wakil pelajar di London kelmarin. LONDON – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan belia yang sanggup membuat perubahan agar melakukannya dengan cara yang produktif. Beliau berkata, bagi mereka yang mahu membuat perubahan dengan membawanya ke jalan raya, mereka seharusnya tahu sama ada ia akan menjadikan negara lebih baik atau sebaliknya. Najib berkata demikian ketika melancarkan Pusat Outreach antarabangsa pertama 1Malaysia for Youth (1M4U) di Rumah Malaysia di sini kelmarin. Beliau berkata, pembukaan pusat itu, dengan kerjasama Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom dan Eire (Ireland) (UKEC), di London adalah satu lagi tanda kejayaan 1M4U. Najib yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah 1M4U berkata, untuk membantu memulakan kerjasama antara UKEC dan 1M4U, geran sebanyak 10,000 pound (RM48,234) daripada Tabung DRe1M 1M4U akan diguna untuk 10 inisiatif pertama outreach. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Warga asing tak boleh pandu teksi Posted: Warga asing tak boleh pandu teksiOleh ZULKIFLI MANZOR KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang didapati mengambil warga asing sebagai pemandu teksi di syarikat tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri (gambar kecil) berkata, rakyat asing tidak dibenarkan memandu teksi di negara ini kerana perkara itu merupakan satu kesalahan. "Pemandu teksi rakyat asing terbabit juga boleh didakwa kerana menyalahgunakan permit memasuki negara ini. "Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa melaksanakan pemantauan secara berkala. Jika ada rakyat asing menjadi pemandu teksi, ia perlu dilaporkan kepada SPAD," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) sama ada rakyat asing diberi permit teksi individu atau diambil oleh syarikat-syarikat teksi berdaftar dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |