{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Rawatan kecantikan di rumah

Posted:

Rawatan kecantikan di rumah

Rawatan kecantikan di rumah

KESIBUKAN dan kesuntukan masa untuk memanjakan diri di spa sering dijadikan alasan oleh kebanyakan wanita yang bekerjaya. Kadangkala harga perkhidmatan tata rias yang dianggap mahal menjadi penyebab mereka melupakan hasrat tersebut.

Tidak dinafikan, ada segelintir golongan wanita di negara ini yang kurang rajin keluar rumah semata-mata untuk ke spa atas pelbagai alasan tersendiri.

Namun, dengan perkhidmatan spa bergerak yang diperkenalkan oleh Harmony Mall Sdn. Bhd. baru-baru ini, ia boleh menjadi penyelesaian kepada masalah tersebut.

Perkhidmatan yang diberikan nama Harmony Myspa itu merupakan spa bergerak pertama di negara ini. Ia merupakan inisiatif seorang personaliti terkenal dalam dunia penyiaran iaitu Zamzarina Zambri.

Zamzarina, 40, merupakan pengacara program bual bicara RTM Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina.

Terikat dengan rutin harian sebagai seorang penyanyi nasyid kontemporari daripada kumpulan Safiya membuatkan Nurain T. Abdullah, 40, memilih untuk menggunakan perkhidmatan spa bergerak bagi menjimatkan masa.

"Perkhidmatan spa bergerak memudahkan saya kerana hanya dengan satu panggilan telefon, saya boleh menjalani rawatan kecantikan ala spa di rumah sendiri.

"Rawatan juga bagus kerana operator Harmony Myspa seorang yang bertauliah dan produk yang digunakan pula berkualiti walaupun harganya lebih murah berbanding perkhidmatan spa di luar," katanya yang melakukan rawatan spa di luar sebanyak dua kali sebulan sebelum ini.

Selepas mencuba beberapa kali perkhidmatan tersebut, Nurain berminat untuk menjadi salah seorang operator kerana modal yang diperlukan ialah RM4,888.

Operator Harmony Myspa, Suhaila Yaakup, 38, berkata, dia memilih untuk perniagaan tersebut kerana modalnya berpatutan dan tidak memerlukan sewaan tapak premis.


RUZIDAH (kiri) menunjukkan kaedah menyapu krim muka ke wajah pelanggan sambil dipantau oleh Zamzarina (tengah) dan Suhaila.


"Bahkan harga bagi setiap perkhidmatan jauh lebih murah sekali ganda daripada harga yang ditawarkan di spa, sekali gus ia dapat membantu pelanggan menjimatkan wang mereka.

"Bekalan produk yang diberi oleh Harmony Mall pula boleh digunakan sebanyak 40 kali rawatan," katanya ketika ditemui di Segambut, Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau mengakui dapat menjana pendapatan lumayan dengan hanya bergerak dari rumah ke rumah.

Seorang lagi operator, Noor Azira Abdullah, 40, yang berkhidmat sebagai seorang guru di Machang, Kelantan pula sanggup memandu sejauh 400 kilometer ke Kuala Lumpur bagi menghadiri kursus latihan yang dikendalikan oleh Harmony Mall.

Masa fleksibel

Dia hanya mengetahui mengenai spa bergerak tersebut melalui majalah dan tertarik untuk menyertainya kerana masa yang diperuntukkan untuk perniagaan tersebut sangat fleksibel.

"Saya hanya perlu bekerja pada hujung minggu selepas menamatkan tugas sebagai seorang guru pada hari persekolahan. Ia juga boleh dijadikan pendapatan sampingan bagi mengisi masa terluang.

"Pelanggan juga pasti lebih selesa jika segalanya dilakukan di rumah mereka tanpa perlu bimbang dengan anak-anak di rumah yang terpaksa ditinggalkan sekiranya ingin ke spa," jelasnya yang sudah lama berminat dengan kursus tata rias diri.

Harmony Mall bekerjasama dengan dua orang tenaga pengajar kemahiran yang bertauliah dan berpengalaman luas untuk berkongsi kaedah rawatan wajah, kuku tangan dan kaki serta urutan badan yang betul kepada peserta yang berminat.


PELANGGAN akan dimanjakan dengan urutan pada badan dan tangan sementara menunggu skrub pada wajah kering.


Seorang daripada tenaga pengajar yang terlibat, Ruzidah Ishak, 47, berkongsi pengalamannya selama 13 tahun berkecimpung dalam bidang urutan terapi kecantikan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia tersebut.

"Peserta akan diberi tunjuk ajar selama tiga hari di sini (Harmony Mall). Ia meliputi cara melakukan rawatan wajah yang betul, amalan kebersihan ketika bertugas, teknik urutan yang berkesan dan cara berinteraksi dengan pelanggan.

"Kami akan memantau operator (peserta) dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan mereka mempraktikkan apa yang telah dipelajari di sini," katanya yang sudah mempunyai kira-kira 1,000 pelajar ketika mengajar di Giat Mara pada tahun 2007 hingga 2011.

Katanya, rawatan wajah tidak boleh dipandang ringan kerana teknik urutan pada wajah sebenarnya boleh membantu meremajakan kembali kulit wajah pelanggan.

Kaedah urutan yang betul boleh membantu membuang toksin pada wajah ke beberapa titik nodul limfa dan secara tidak langsung dapat menegangkan kulit muka.

Operator juga perlu mahir mengurut badan dan tangan pelanggan sementara menunggu masker yang disapu pada wajah kering.

"Urutan yang berterusan membuatkan interaksi dengan pelanggan tidak terhenti. Pelanggan akan lebih berminat untuk menggunakan khidmat operator berkenaan pada masa akan datang sekiranya mereka berasa selesa," ujarnya.

Populariti dart lembut

Posted:

Populariti dart lembut

Populariti dart lembut


DART tradisional semakin terpinggir apabila pertandingan dart lembut menawarkan hadiah yang tinggi.


JIKA berbicara tentang pemain dart, fikiran sering terbayang gaya stereotaip lelaki pertengahan umur dan bertubuh besar sambil meneguk minuman alkohol. Bagaimanapun, imej itu beransur hilang apabila semakin ramai mula memberi perhatian terhadap permainan yang telah melalui arus transformasi.

Pemain generasi baharu telah memajukan permainan dart melalui versi berteknologi tinggi. Ia lengkap dengan teknik pencahayaan dan bunyi yang menggunakan perisian komputer bagi mewujudkan dimensi terkini.

Permainan dart baharu atau dipanggil dart lembut itu mendapat sambutan meluas di Jepun sehingga pengaruhnya kini menapak ke beberapa buah negara Asia. Ia juga mempunyai kelab dan perlawanan berprofil tinggi dengan menawarkan hadiah berjumlah HK$5 juta (RM2.04 juta)

Salah seorang pemain terbaik dari Singapura, Paul Lim menerangkan, cara permainan dart tradisional berbeza dengan cara baharu iaitu dari segi penggunaan papan elektronik.

Selain itu, besi keluli pada hujung dart tradisional digantikan dengan bahan plastik. Bagaimanapun, cara pengiraan hampir sama dengan yang lama.

"Kebanyakan pemain meminati dart kerana ia mudah dan ringkas," ujar Paul. Dia merupakan pemain pertama yang melontar sembilan dart secara sempurna ketika kejohanan dunia pada tahun 1990.

"Saya bermain dart besi sejak 38 tahun lalu dan mula terlibat dengan dart lembut ini 15 tahun lepas. Ia lebih cepat dan ringkas. Tidak perlu berfikir secara serius kerana mereka hanya mahukan keseronokan ketika bermain," jelasnya.

Lebih tiga dekad

Walaupun dart baharu ini sudah dimainkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia sebenarnya dicipta pada tahun 1977 oleh pengilang dart, Harrow di Amerika Syarikat.

Pengilang dan pengedar papan dart lembut, Dartlive, telah menyambungkan permainan itu ke seluruh dunia secara elektronik supaya pemain dapat berlawan antara satu sama.


SALAH sebuah bar yang menyediakan permainan dart lembut di Hong Kong.


Dilancarkan pada tahun 2003 di Jepun, syarikat tersebut mengembangkan operasi ke luar negara pada 2009 ketika membuka premis di Hong Kong. Semenjak itu, ia merebak sehingga ke 14 negara.

"Ketika kami bermula di Hong Kong, boleh dikatakan terdapat hampir 500 orang pemain baharu setiap hari. Ia seperti berada dalam kelab malam, sangat mengujakan," kata Paul yang merupakan antara peneraju awal permainan itu.

Setiap pemain akan membayar sejumlah wang atau menggunakan kad keahlian. Ia akan menyimpan rekod permainan mereka. Malah, terdapat juga aplikasi telefon yang membolehkan pemain bermain secara maya.

Ketua Pegawai Eksekutif Dartlive Hong Kong, Steve Ngu, menyasarkan untuk menukar permainan tradisional ke era elektronik.

"Syarikat kami merupakan kombinasi antara alam nyata dan virtual. Anda akan bermain secara fizikal dan boleh saling berhubung dalam talian.

"Kami mahu menjadi platform antara pemain di alam maya. Sasaran kami untuk mengumpulkan sebanyak mungkin peserta tidak kira atlet atau orang biasa.

"Ia seperti kerajaan kecil. Kami menjemput orang ramai untuk datang dan berada di sini," kata Steve. Dia menjangkakan industri ini akan meningkat sehingga 200 juta pemain seluruh dunia.

Kebanyakan pengilang dart seperti Harrows, Unicorn dan Target melihat perkembangan itu sesuatu yang menguntungkan memandangkan banyak aksesori dart lembut dijual bersama dart keluli besi.

Dalam usaha untuk mendominasi pasaran dart baharu itu, Dartlive menganjurkan Kejohanan Dunia Dart Lembut.

Pertandingan itu bermula di Hong Kong pada bulan April lepas sebelum menjelajah negara lain di seluruh dunia. Pada acara terakhir pada bulan Disember, para pemenang berpeluang merebut wang tunai sebanyak RM410,000.

Trend permainan

Steve percaya sukan itu akan menenggelamkan dart tradisional dalam masa tiga tahun lagi akibat jumlah wang kemenangan yang tinggi.


SYARIKAT pengeluar dart lembut, Dartlive membawa inovasi baharu dalam permainan dart.


Kebanyakan pemain asal dart lama juga merebut peluang untuk bersaing dalam pertandingan itu. Sebelum ini, pemain dart dari Jepun, Takehiro Suzuki menjuarai kejohanan tersebut pada tahun lepas bersama Mitsumasa Hoshino.

Bagi pemain biasa, mereka sukar berada dalam kelompok teratas perlawanan dan penyertaan tersebut sekadar menghangatkan permainan yang kini menjadi satu trend. Ia dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif iDarts Group, Eric Chu, yang menjalankan perniagaan bar dart di Hong Kong.

"Pemain dart ibarat seorang model kerana mereka kelihatan moden dan glamor berbanding pemain tradisional. Jika dahulu, kepekaan tinggi perlu bagi seorang pemain, tetapi dart lembut tidak memerlukan semua itu.

"Mereka sekadar mahukan keseronokan ketika bermain dart baharu ini," jelasnya. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat