{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Baiki mesin jahit dalam masa satu jam

Posted:

Baiki mesin jahit dalam masa satu jam

Baiki mesin jahit dalam masa satu jam

Oleh Mustapa Lakawa
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

DUA puluh tujuh tahun lalu, seorang anak muda dari pekan kecil Taiping, Perak sanggup memperjudikan nasib merantau ke bumi Singapura. Dengan hanya berbekalkan pendidikan Tingkatan Dua, anak muda itu, Eddie Liew tidak mempunyai banyak pilihan, melainkan bekerja sebagai operator di sebuah kilang pembuatan mesin jahit.

Empat tahun bergelar perantau, Eddie mula merasai tekanan hidup, ekoran kos sara hidup yang tinggi di negara bekas persekutuan Tanah Melayu itu. Akhirnya, dia memilih untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai penjaga stor.

Selang beberapa bulan, semangat Eddie diuji sekali lagi. Menyedari kerjaya yang dipilihnya tidak menjamin masa depan, dia memutuskan untuk mencuba nasib di Negeri Bawah Bayu, Sabah.

Bermula sebagai seorang jurujual yang menuntutnya berjalan di setiap ceruk bandar mahupun desa, Eddie mula merasai keunikkan masyarakat Sabah yang begitu cintakan seni menjahit.

"Setiap rumah yang saya jejaki, saya akan lihat sebuah mesin jahit. Firasat awal saya merasakan yang masyarakat Sabah khususnya kaum ibu yang mendiami kawasan kampung memang sukakan aktiviti menjahit," katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Eddie kemudian mengambil keputusan untuk mempraktikkan kembali segala ilmu yang diperoleh ketika berkerja sebagai operator di sebuah kilang mesin jahit di Singapura lalu.

Bermula saat itu, Eddie tidak pernah menoleh ke belakang, malah terus menggunakan kemahiran yang ada untuk menguasai pasaran mesin jahit sekitar Kota Kinabalu.

Hakikatnya, kemahiran luar biasa yang dimiliki Eddie dalam kerja-kerja membaiki mesin jahit telah memberikan rezeki lumayan kepadanya. Malah, dia dianggap pakar kerana mampu membaiki sebuah mesin jahit rosak hanya dalam masa 60 minit.


EDDIE dan isterinya, Lew Fong kini boleh berbangga apabila kedai Tukang Mesin Jahit Hong Meng semakin mendapat tempat di hati ramai pelanggan.


Naik motor 100 kilometer

Bercerita lanjut, Eddie yang juga pemilik kedai Tukang Mesin Jahit Hong Meng di Kota Kinabalu mengakui perjuangannya untuk sampai ke tahap hari ini bukanlah semudah yang disangka.

"Sebaik menyedari peluang yang ada, saya memulakan perkhidmatan membaiki mesin jahit dengan berkunjung dari rumah ke rumah pada sekitar tahun 1993 memandangkan ketika itu saya tidak mempunyai premis.

"Saya akan menunggang motosikal setiap hari dan bertanyakan kepada orang kampung. Jika ada sebarang kerosakan, saya akan cuba membaikinya pada hari itu juga dengan kos perkhidmatan sebanyak RM25," ujarnya yang kini berusia 47 tahun.

Bagaimanapun, ayah kepada empat cahaya mata itu tetap sedar kerjaya yang dipilihnya menuntut kesabaran dan kemahiran tinggi.

"Paling jauh, saya pernah menerima panggilan adalah daripada seorang pelanggan di Beaufort yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Kota Kinabalu. Saya terpaksa menempuh cuaca hujan kira-kira tiga jam sebelum sampai ke sana.

"Semua yang saya lakukan adalah untuk memberi kepuasan kepada pelanggan kerana mereka adalah sumber rezeki saya," tambahnya.

Menurut Eddie, perkhidmatan dengan cara dari rumah ke rumah itu dilakukannya hampir enam tahun sebelum memutuskan untuk menyewa sebuah kedai kecil yang terletak di Jalan Gaya pada tahun 1999. Kedai itu diberi nama kedai Tukang Mesin Jahit Hong Meng.

Baiki mesin berusia 120 tahun

Dibantu oleh isteri tercinta, Wong Lew Fong, 33, kemahiran Eddie dalam kerja-kerja membaiki mesin jahit berjaya menarik minat ramai pelanggan sekali gus menjadikan premis perniagaaannya sebagai pilihan.


KEHANDALAN Eddie dalam membaiki mesin jahit dikagumi ramai bukan sahaja pelanggan, malah pekerjanya.


Jelas Eddie, kebanyakan kerosakan yang dikesan pada mesin jahit adalah pada bahagian timing (pemasaan) yang menyebabkan mesin tersebut gagal berfungsi dengan baik.

"Sama ada menggunakan mesin jahit jenis mudah alih atau mesin industri, masalah timing memang biasa berlaku. Biasanya masalah timing hanya boleh diselaraskan oleh mereka yang berpengalaman.

"Ada juga pelanggan yang mengadu berkaitan masalah jarum, selain alat komponen elektrik dalam mesin telah rosak. Semuanya boleh dilakukan dan dibaiki di kedai kami," tambahnya.

Bagi kes tertentu, Eddie yang dibantu 13 pekerja teknikal di kedainya mengakui pernah membaiki mesin jenama Singer yang telah berusia 120 tahun.

"Fungsi bagi setiap komponen dalam mesin jahit tetap sama. Apa yang membezakannya adalah model dan pengeluarnya. Saya banyak membaiki mesin jahit lama termasuklah yang berusia 120 tahun.

"Selepas boleh digunakan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli mesin itu untuk diletakkan di ruang pameran.

"Setakat ini, saya mempunyai lebih daripada 10 koleksi mesin jahit lama berusia lebih 50 tahun termasuk yang digunakan untuk menjahit guni," katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pelanggan di kedai Tukang Mesin Jahit Hong Meng melahirkan rasa kagum dengan kemahiran yang dimiliki Eddie dalam membaiki mesin jahit.

Seorang pelanggan, Noranita Awang, 32, menyifatkan perkhidmatan yang diberikan Eddie dan pekerjanya sangat profesional.

"Untuk mencari kedai yang menjual mesin jahit memang senang, tetapi untuk mencari individu mahir dalam membaiki mesin jahit bukanlah satu kerja yang mudah.

"Tambahan pula kos serta perkhidmatan yang disediakan di kedai ini sangat berpatutan," katanya.

MASIH ramai wanita yang gemar menjahit bagi mengisi masa lapang. - Gambar hiasan


Paling penting kata beliau, segala komponen mahupun peralatan berkaitan mesin jahit tidak kira mesin lama ataupun baharu ada dijual di kedai Eddie.

Seorang pekerja Eddie, Ajit Vincent, 33, menjelaskan, majikannya itu merupakan seorang 'tenaga pengajar' yang serba boleh.

"Untuk menjadi seorang yang mahir dalam kerja-kerja membaiki mesin jahit, ia memerlukan banyak latihan. Kami terlebih dahulu diajar untuk mengenal komponen yang ada pada mesin jahit dan fungsinya.

"Daripada itu, barulah kami diajar bagaimana untuk membaiki kerosakan pada mesin terutamanya dalam menentukan timing," katanya.

Buka cawangan di Indonesia

Sementara itu, Lew Fong yang berasal dari Kuching, Sarawak merupakan tulang belakang dalam kerjaya Eddie sebagai tukang mesin jahit.

Menurut Lew Fong, dia mula mengenali suaminya itu ketika mereka sama-sama menguruskan kedai mesin jahit sekitar tahun 1990-an.

"Tugas saya ketika itu adalah menjaga kedai sementara Eddie pula akan membaiki mesin jahit. Kami bermula dari kosong sehinggalah dapat membuka satu lagi cawangan di daerah Keningau," ujarnya.

Bercerita lanjut, Lew Fong mengakui dia dan suaminya kini dalam perancangan untuk membuka satu lagi cawangan di Indonesia berdasarkan permintaan tinggi terhadap mesin jahit di negara itu.

"Lagipun, pelanggan kami bukan sahaja datang dari sekitar Kota Kinabalu, tetapi ada juga pelanggan dari Brunei dan Sarawak yang datang ke kedai kami sama ada mahu membeli atau membaiki mesin jahit," kongsinya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat