{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Indahkan masjid merai Ramadan

Posted:

Indahkan masjid merai Ramadan

Indahkan masjid merai Ramadan

SEORANG wanita khusyuk membersihkan habuk-habuk tebal yang terperangkap di dalam lubang-lubang dinding masjid.

Sesekali kelihatan wanita yang lengkap dengan kemeja-T, seluar jean dan tudung berwarna merah jambu itu bersin, namun ia tidak menghalangnya daripada meneruskan kerja-kerja pembersihan berkenaan.

Nyata, kerja-kerja itu bukan mudah kerana terpaksa bergelumang dengan habuk tebal selain memerlukan kesabaran yang tinggi.

Begitupun, Wan Salma Wan Nawang, 43, yang buat pertama kali menyertai program gotong-royong yang diadakan di Masjid Al-Syakirin, Batu 6, Gombak, Selangor baru-baru ini kelihatan begitu bersemangat.

Akui anak jati Kota Bharu, Kelantan itu, dia sentiasa mengunjungi masjid berkenaan sejak 10 tahun yang lalu, tetapi tidak pernah membabitkan diri dalam aktiviti gotong-royong.

"Saya sibuk dengan kerja jadi, tiada masa untuk menyertai program seperti ini. Apabila ada peluang, saya tidak menyia-nyiakannya," pintas Wan Salma yang bekerja sendiri.

Bertutur lanjut mengenai pengalamannya, wanita yang tidak lekang dengan senyuman itu memberitahu, masjid tersebut menjadi lokasi pilihan bagi dirinya menunaikan solat Maghrib dan Isyak pada setiap hari kecuali jika mempunyai hal penting.

Dalam pada itu, dia juga menjadikan masjid untuk menuntut ilmu agama kerana terdapat banyak ceramah agama diadakan di situ.

Menyentuh mengenai gotong-royong, dia mengetahuinya selepas imam masjid tersebut membuat pengumuman mengenai aktiviti itu.

"Sepatutnya, saya mahu mengunjungi ibu yang menetap di Jeram, Kuala Selangor pada hari ini tetapi menangguhkan niat berkenaan untuk sementara waktu," ujarnya.

Bagaimanapun, ujar Wan Salma yang datang seorang diri, dia melakukan kerja pembersihan di kawasan dalam masjid.

"Orang ramai bebas melakukan kerja-kerja pembersihan, jadi saya memilih untuk mengelap lubang-lubang dinding ini.

"Saya puas hati kerana akhirnya dapat berbakti, lagipun, menjaga rumah ibadat merupakan fardu kifayah," jelasnya lagi.


HASNIAH membersihkan permaidani masjid menggunakan penyedut hampagas.


Pendapat Wan Salma disokong seorang kakitangan swasta, Hasniah Abdullah, 47. Ibu kepada lapan orang anak itu menjadikan masjid sebagai rumah kedua. Akui wanita tinggi lampai itu, kadangkala dia membawa anak-anaknya ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.

"Alhamdulillah mereka boleh menerima dan mengikutinya tanpa banyak soal," kongsinya.

Tambah Hasniah, jika orang lain membawa anak-anak mereka keluar bersiar-siar, namun lain pula caranya kerana dia lebih gemar membawa anak-anaknya ke masjid.

Tindakan itu diyakini dapat memupuk minat mereka untuk mendekati masjid sejak kecil lagi.

"Hari ini, mereka turut serta membersihkan kawasan masjid. Walaupun tidak seberapa bantuan mereka namun, ia sudah memadai untuk mendidik mereka," jelasnya lagi.

Aktiviti setiap tahun

Sementara itu, bilal masjid tersebut, Zaily Johari Abu Hassan, 53, berkata, gotong-royong itu disertai ahli kariah dan jemaah masjid serta penduduk sekitar.

Skop kerja-kerja pembersihan meliputi kawasan luar masjid, dapur, longkang, tandas, tempat wuduk dan bahagian atas masjid.

"Kawasan ini perlu dibersihkan memandangkan ia digunakan sepanjang bulan Ramadan. Malah, pada bulan itu, jemaah masjid juga semakin bertambah berbanding hari-hari biasa," tuturnya.

Berbicara lanjut mengenai gotong-royong, orang ramai bebas melakukan apa sahaja kerana tiada sebarang pembahagian tugas dibuat.

Tambah Zaily Johari, pihaknya menukarkan lampu-lampu yang telah rosak atau semakin malap, menggantikan peralatan memasak yang rosak dan memastikan pinggan mangkuk berada dalam keadaan baik.

"Jika ada yang rosak, kami akan menukarkannya kepada barangan baharu," jelasnya lagi.

Kerja-kerja penggantian barangan adalah perlu memandangkan pihaknya menyediakan hidangan berbuka puasa, moreh dan hidangan sahur untuk jemaah masjid pada 10 malam terakhir Ramadan.

Pada masa yang sama, pihaknya juga memasak secara gotong-royong sepanjang bulan Ramadan.

SELAIN memastikan keselesaan pengunjung untuk beribadah, aktiviti sebegini sebenarnya mendatangkan pahala yang besar kepada mereka yang terlibat.


Sempena Ramadan

Di samping itu, beliau mengakui masjid tersebut terdedah kepada habuk memandangkan lokasinya yang terletak berhampiran jalan besar.

Justeru, pihaknya menyediakan peralatan pembersihan seperti berus, baldi, penyapu, sabun, plastik dan tong sampah untuk memudahkan orang ramai menjalankan kerja-kerja gotong-royong.

"Kerja-kerja amal bukan hanya melibatkan gotong-royong membersihkan masjid, tetapi perlu mencakupi skop lebih luas termasuk mengimarahkan masjid dan meningkatkan fungsi rumah ibadat itu sebagai pusat komuniti," ungkapnya lagi.

Dalam pada itu, Nazir Masjid Al-Syakirin, Saupi Man pula berkata, pihaknya menjalankan aktiviti gotong-royong setiap tahun sempena kedatangan bulan Ramadan.

Bagaimanapun, setiap dua atau tiga bulan kariah masjid sememangnya menjalankan aktiviti yang sama supaya kawasan persekitaran sentiasa bersih.

Namun demikian, gotong-royong sempena bulan Ramadan dipertingkatkan untuk memastikan persekitaran masjid bersih dan bebas daripada bau yang kurang menyenangkan.

Selain itu, ia juga memberi keselesaan kepada jemaah menunaikan ibadah dan menimba ilmu di masjid.

"Lagipun, pada bulan Ramadan, rata-rata penduduk Islam di sekitar kawasan Gombak akan melakukan solat sunat tarawih, berbuka puasa dan menyertai aktiviti qiamulail di situ," katanya.

Manusia dan muzik bersatu

Posted:

Manusia dan muzik bersatu

Manusia dan muzik bersatu


SEJAK dimulakan pada tahun 1982, Fete de la Musique berjaya menarik ribuan pelancong ke Perancis.


RIBUAN ahli muzik berkumpul di sekitar jalan raya dan memenuhi pentas-pentas persembahan di seluruh Perancis pada hujung bulan lalu.

Mereka hadir dengan satu tujuan iaitu bagi meraikan Fete de la Musique, festival ritma dan muzik yang diadakan setiap tahun di negara itu.

Tidak sekadar rakyat biasa, pejabat Istana Presiden di Elysee juga terlibat dalam festival itu apabila membuka halamannya untuk kali kedua bagi persembahan muzik jazz, gipsi dan Caribbean.

Dimulakan pada tahun 1982, Fete de la Musique telah tersebar di lebih 100 negara. Ia sering diadakan pada penghujung musim panas.

Terdapat lebih 850 konsert yang dirancang di beberapa bandar raya utama di seluruh dunia seperti New York di Amerika Syarikat (AS), Hanoi di Vietnam dan Beijing di China.

Pada tahun ini di Perancis, festival dimeriahkan dengan sambutan ulang tahun ke-50 muzik-muzik popular negara itu.

Ia turut dihadiri artis-artis profesional dan amatur yang membuat persembahan percuma di jalanan, panggung teater, sekolah-sekolah dan gereja.

Antara bintang popular yang memeriahkan festival itu termasuklah penyanyi Seal dari AS dan bintang pop United Kingdom, Chris Isaak yang mengadakan persembahan di Paris's Bois de Boulogne.

Sementara itu, bagi peminat muzik klasik dan orkestra pula, bolehlah berkunjung ke Muzium Louvre yang menjanjikan persembahan tidak kurang hebatnya.

Bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini, terdapat lebih 2,600 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan konsert dan peserta yang berlangsung sehingga tengah malam.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat