{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Pesanan buat Harimau Malaya

Posted:

Pesanan buat Harimau Malaya

Pesanan buat Harimau Malaya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan ringan di Gimnasium Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.


BEKAS pemain kebangsaan, Datuk Namat Abdullah menggesa Harimau Malaya tampil bermati-matian demi maruah negara ketika menentang Chelsea pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam esok.

Namat memberitahu, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal tidak seharusnya 'cepat mengalah' sekalipun menyedari lawan yang ditentang bukan calang-calang pasukan.

"Bila nak main (lawan dengan Chelsea), mereka (skuad Harimau Malaya) harus beraksi bermati-matian.

"Jika diberi kepercayaan oleh jurulatih, setiap pemain harus memberikan aksi terpuji di tengah padang. Walaupun sedar Chelsea dibarisi pemain terbaik dunia tetapi pemain negara tidak harus mudah mengalah.

"Patahkan setiap serangan mereka dan jika tewas, biarlah kalah bermaruah. Jangan buat malu negara kita," kata Namat ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Namat, 66, turut berharap anak-anak buah Rajagobal dapat mengambil seberapa banyak peluang untuk menimba pengalaman berharga berdepan dengan barisan bintang The Blues.

"Ketika zaman saya mewakili negara, kita (skuad negara) tidak pernah minta untuk menentang Arsenal, Nottingham Forest mahu pun Brazil.

"Sebaliknya, mereka yang mahu menguji kemampuan kita. Jadi saya berharap skuad negara generasi kini dapat menggunakan peluang menentang Chelsea sebaik mungkin.

"Ketika menentang Arsenal pada 13 Mei 1975, kami terikat 1-1 tetapi menang 2-0 ke atas Arsenal pada aksi kedua di Stadium Merdeka dua hari kemudian.

"Jadi saya berharap skuad negara generasi kini dapat mengambil aura kejayaan itu sebagai pembakar semangat untuk mereka tampil dengan aksi lebih baik Ahad ini (esok)," jelasnya.

Bekas jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu (gambar kecil) turut bersetuju dengan pandangan Namat itu.

Karathu memberitahu, Harimau Malaya tidak perlu gentar dengan reputasi gah The Blues selaku juara Liga Europa.

"Pada pendapat saya, pasukan kita sepatutnya tiada sebarang tekanan dalam perlawanan persahabatan ini.

"Sebaliknya, mereka harus mengambil satu motivasi untuk meletakkan reputasi mereka sebaris dengan pemain bertaraf dunia.

"Jangan hormat sangat kepada Chelsea kerana apabila bermain dengan pemain profesional, kamu berpeluang untuk belajar sesuatu dalam permainan itu," katanya.

Tunjuk kemampuan sebenar

Posted:

Tunjuk kemampuan sebenar

Tunjuk kemampuan sebenar

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal berharap barisan pemainnya membuktikan tahap kemampuan sebenar mereka ketika berdepan Chelsea pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam esok.

Meskipun Rajagobal menyedari The Blues tampil dengan reputasi yang cukup tinggi, pengendali berusia 57 tahun itu tetap tidak mahu menjadikan ia sebagai satu alasan untuk anak-anak buahnya beraksi di bawah tahap sebenar.

Justeru, Rajagobal mahu barisan Harimau Malaya menampilkan satu corak permainan terbaik ketika melayan kunjungan juara Liga Europa itu nanti.

"Bukan saya tidak mementingkan kemenangan tetapi kita seharusnya bersikap realistik.

"Kita harus terima hakikat bahawa jurang Chelsea dan Harimau Malaya berada pada tahap yang berbeza.

"Namun, saya ingin tegaskan bahawa kami akan mempamerkan satu persembahan positif ketika menentang Chelsea," katanya kepada pemberita pada sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Tambah Rajagobal, beliau berharap aksi tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan pemainnya sebelum menentang gergasi Sepanyol, Barcelona bulan depan dan kempen kelayakan Piala Asia 2015.

"Semua tahu selepas aksi menentang Chelsea, kami akan menjalani sesi latihan di Jepun selama dua minggu bermula 23 Julai depan.

"Selepas itu, kami akan menentang Barcelona pada 10 Ogos depan. Saya percaya aksi menentang Chelsea dan Barcelona memberisatu pengalaman berguna kepada barisan pemain untuk aksi kelayakan Piala Asia 2015.

"Saya berharap mereka akan mempelajari sesuatu untuk meningkatkan tahap keupayaan masing-masing," jelasnya.

Sementara itu, tonggak pertahanan Chelsea, Gary Cahill yakin The Blues akan mempamerkan karakter sebenar mereka ketika berdepan Harimau Malaya.

"Saya fikir perlawanan dengan Malaysia nanti tidak jauh bezanya ketika kami menentang Thailand (Singha All Star) yang mempamerkan permainan agak tersusun.

"Mereka (Harimau Malaya) dijangka mempamerkan corak bertahan dan ia mungkin menyebabkan permainan kami sedikit terjejas," katanya.

Medan Malaysia uji sentuhan

Posted:

Medan Malaysia uji sentuhan

Medan Malaysia uji sentuhan

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


PENOLONG Setiausaha 1 PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin (berdiri, tengah) dan jurulatih Elit B, Nurudin Pawi (belakang, empat dari kanan) bersama skuad Elit B.


KEJOHANAN Sepak Takraw Lima Penjuru Antarabangsa yang bakal berlangsung pada 24 hingga 29 Julai ini menjadi medan terbaik bagi menguji keupayaan barisan pemain negara.

Ketua Seranta Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Yusoff Ali berkata, Malaysia yang mempertaruhkan dua pasukan - Elit A dan Elit B akan berdepan dengan Thailand, Indonesia, Myanmar dan Singapura pada kejohanan itu nanti.

"Biarpun kita telah mengadakan kejohanan ini sejak lima tahun lalu tetapi tahun ini, ia agak berbeza kerana tidak lagi melibatkan kelab kelab-kelab dari Thailand.

"Kali ini kita mengundang pasukan kebangsaan dari negara-negara yang akan beraksi pada Sukan SEA di Myanmar pada Disember depan.

"Kejohanan ini juga merupakan salah satu janji PSM untuk memastikan skuad negara menghadapi sekurang-kurangnya satu kejohanan dalam sebulan.

"Jadi bagi memastikan kejohanan ini berlangsung dengan lebih adil kepada setiap pasukan, kami mengadakannya pada sebelah malam kerana selain pasukan negara, pemain-pemain Singapura dan Indonesia juga beragama Islam," kata Yusoff ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Yusoff menegaskan bahawa Thailand tidak akan menurunkan kesemua pemain utama mereka kerana Liga Sepak Takraw Thailand masih berlangsung hingga Ogos depan.

"Hanya Indonesia, Myanmar dan Singapura akan menurukan pemain utama mereka tetapi Thailand tidak. Thailand mungkin menyenaraikan pemain-pemain yang tidak beraksi dalam liga utama mereka itu.

"Skuad Elit A juga akan beraksi tanpa lima pemain utama iaitu Norshahruddin (Mad Ghani), Farhan Adam, Izurin Refin, Tengku Noor Azwari (Tengku Ishak), Muhd. Zulkifli (Abd. Razak) kerana khidmat mereka diperlukan oleh kelab-kelab di Thailand," jelasnya.

Yusoff turut menjelaskan, kejohanan itu penting sebagai persiapan skuad negara menghadapi Sukan SEA di Myanmar nanti.

"Ia juga penting kerana jurulatih berpeluang untuk mencari kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Persaingan dijangka tidak akan terlalu sukar untuk skuad negara tetapi ia bergantung kepada kebijaksanaan jurulatih untuk menyusun pemain kerana lima pemain utama kita tidak ada nanti," tambah Yusoff.

Kejohanan itu yang akan berlangsung di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Taman Keramat AU 2, Kuala Lumpur bermula pukul 10.30 malam hingga 1.30 pagi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat