Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Sabar didik si kecil berpuasa
KEHADIRAN Ramadan ini memberikan kita manfaat yang banyak. Bukan sekadar berpuasa untuk melaksanakan kewajipan sebagai orang Islam, tetapi juga memberikan peluang kepada kita mendidik anak-anak dengan beberapa pengetahuan baharu. Banyak daripada kita mula melatih anak-anak kecil untuk belajar berpuasa yang sebenarnya secara tidak langsung menahan mereka daripada lapar. Ia juga membantu kita melatih diri sendiri dengan ketahanan psikologi apabila mendengar anak-anak mengadu lapar. Andai orang dewasa sekalipun, ada yang perlu mengubah daya tahan psikologi mereka setiap kali tibanya bulan puasa, apatah lagi anak-anak kecil, khususnya mereka yang berusia antara enam hingga sembilan tahun. Sebagai orang dewasa juga, kita akan memastikan bahawa anak-anak ini tidak berasa lapar walaupun seminit. Bagaimanapun, apabila mula berpuasa, anak-anak akan mengadu lapar. Mereka yang selama ini boleh makan apa sahaja, terpaksa mengubah tabiat mereka dengan tidak boleh makan pada siang hari. Sebagai orang dewasa, kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membiarkan mereka berbuka puasa. Jika tidak, mereka akan mengadu hal yang sama setiap kali menjelangnya Ramadan. Inilah waktunya kita melatih mereka. Sebenarnya usia anak-anak pada peringkat awal persekolahan ini lebih kepada usia penerokaan. Mereka mungkin sudah mengetahui banyak perkara yang bersifat fizikal, khususnya perkara-perkara yang sering dilihat mereka. Didik dengan berhemah Mereka tidak mempunyai masalah untuk mengetahui apakah yang dikatakan kereta atau bangunan. Bagaimanapun, mereka akan bermasalah untuk memahami dengan banyak perkara 'konsep' yang tidak kelihatan. Nafsu sebagai salah satu contohnya. Ia hanyalah konsep yang tidak mungkin dapat dilihat, malah kita sebagai orang dewasa pun adakalanya bertanya apakah yang dikatakan sebagai nafsu dan keperluan? Apabila anak-anak merungut tidak mampu bertahan dengan puasa, ada baiknya kita mengajarkan mereka bahawa itulah 'nafsu'. Mereka adakalanya memberitahu mereka lapar bukan kerana kelaparan yang dihadapi, tetapi tidak mampu untuk mengubah tabiat harian mereka. Mereka juga akan cuba membeli bermacam-macam makanan di bazar Ramadan. Apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka, semuanya dianggap sebagai menyedapkan. Selepas anak-anak ini berbuka puasa dengan menikmati beberapa suap makanan, biasanya mereka akan berhenti makan dengan mula bermain pula. Pada waktu itulah, kita patut bertanya mereka adakah mereka masih lapar? Biasanya mereka akan menjawab tidak. SI kecil mungkin menunjukkan pelbagai ragam ketika berpuasa, tetapi ibu bapa haruslah bersabar dan berhemah dalam mendidik mereka. Saat itu merupakan waktu terbaik memberitahu mereka, itulah nafsu. Ia satu keinginan untuk mendapatkan sesuatu, tetapi apabila kita mendapatkannya, kita mula meninggalkannya. Mengajar mereka dengan konsep nafsu boleh membantu kita bagi hal yang lain juga. Adakalanya, apabila mereka melihat permainan di kedai, mereka akan meronta-ronta untuk mendapatkan permainan tadi. Pada waktu inilah, kita boleh sekali lagi bertanya apakah yang telah mereka fahami dengan konsep nafsu ketika mereka berpuasa. Mereka mungkin hanya terdetik untuk membeli mainan tadi sahaja. Sebaliknya, apabila mereka memilikinya, mereka mungkin tidak akan berminat dengannya lagi. Banyak lagi konsep lain yang boleh kita ajarkan kepada anak-anak sepanjang berpuasa. Kita mungkin boleh memperkenalkan mereka dengan konsep pahala dan dosa. Ia hal yang tidak kelihatan. Setiap kali anak-anak berpuasa penuh selama sebulan, kita biasanya akan menjanjikan mereka dengan hadiah tertentu. Bersikap positif Sebaliknya dalam konsep pahala dan dosa, kita boleh memberitahu mereka bahawa sekiranya mereka berpuasa sebaik mungkin, mereka akan mendapatkan hadiah yang istimewa di akhirat kelak. Perumpamaan hadiah dan pahala itu lebih memudahkan mereka memahami sesuatu yang sangat sukar dijelaskan dengan perkataan. Pada beberapa hari pertama berpuasa, anak-anak biasanya akan menanggung keletihan yang sangat teruk. Pada waktu inilah, ibu bapa memainkan peranan. Sekiranya anak-anak ini tidak dapat bertahan, kita mungkin patut membenarkan mereka berbuka puasa. Bagaimanapun, mereka mesti berjanji bahawa mereka akan berpuasa pada esok hari atau sekurang-sekurangnya mereka akan berbuka lebih lambat lagi. Ada ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka berpuasa seperti orang dewasa. Apabila anak-anak tidak berpuasa atau berbuka dengan lebih awal, ada ibu bapa yang tidak membenarkan mereka berbuka bersama-sama orang dewasa ketika Maghrib. Hakikatnya, ia hanyalah latihan. Kita semua patut memberikan pujian kepada anak-anak, sekalipun mereka hanya mampu berpuasa selama beberapa jam. Sekurang-kurangnya dengan cara ini, mereka akan terus bersemangat untuk berpuasa lebih lama lagi pada keesokan hari. Puasa merupakan ujian psikologikal. Ia juga menguji sejauh mana kita mampu bermain psikologi dengan anak-anak kecil yang baru melatih diri berpuasa. Selamat berpuasa kepada semua pembaca. | |
Iftar berlatar nostalgia 1950-an Posted: Iftar berlatar nostalgia 1950-anDARI kiri: Raja Rosly bersama isteri Datin Ramziah Samah menunjukkan seleksi lauk-pauk tradisi di Restoran Warisan Pak Engku. MUZIK 1950-an berkumandang di dalam restoran tersebut. Bagi tetamu muda, lagu-lagu yang diputarkan di Restoran Warisan Pak Engku mungkin asing pada pendengaran mereka. Namun pengunjung warga emas pasti terhibur dengan seleksi muzik klasik yang didendang. Pinggan mangkuk motif flora turut mengimbau kenangan kehidupan desa. Konsep tradisional Melayu asli yang dibawa restoran itu ternyata memberi pengalaman indah kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadan ini. "Hampir 80 peratus makanan yang kami sajikan berunsurkan hidangan tradisi termasuk petai, jering dan keladi. Selebihnya kami tawarkan makanan gabungan moden dan lama bagi memenuhi selera pelancong asing," kata Pengarah Urusan Restoran Warisan Pak Engku, Datuk Raja Rosly Raja Mazlan. Restoran ini menyajikan 120 masakan membabitkan pelbagai menu tradisi. Hidangan popular seperti daging dendeng dan udang masak cendawan sering menjadi permintaan. Variasi pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-muih Melayu tradisional seperti apam balik, putu bambu, lepat, lopes, getas, keria dan dangai menunjukkan betapa kayanya masyarakat kita dengan makanan yang lazat. Sejajar dengan bulan Ramadan, Warisan Pak Engku yang terletak di Dataran Merdeka itu turut membuka gerai barbeku di bahagian luar restoran. Demonstrasi masakan juga dijangka dijalankan sepanjang bulan puasa ini sebelum masuk waktu berbuka. | |
Posted: Sajian terbaik MalaysiaHIDANGAN kambing panggang menjadi pilihan popular pengunjung. CINNAMON Coffee House di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor mengajak orang ramai merasai sajian terbaik Malaysia bertemakan Aneka Selera Kayanganku sempena bulan Ramadan ini. Lebih daripada 100 menu tradisional Melayu, Cina dan India disediakan kepada pengunjung. Air tebu, sirap bandung, cincau, soya dan asam boi pasti melegakan tekak selepas seharian menahan lapar dan dahaga. Penuhi selera kampung anda bersama hidangan utama berupa ayam percik, daging bakar asam, rendang tok, ikan patin masak lemak dan kupang masak balado. Tidak dilupakan sajian tradisi Melayu seperti nasi kerabu berlauk, nasi ulam dan nasi dagang. Anda juga akan tertarik dengan aroma sambal tempoyak, budu, belacan dan cencalok yang enak digaul bersama nasi putih. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |