Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
- Panadol, PLUS edar kad MyPLUSMiles
- Keenakan masakan utara India Restoran D'Tandoor
- Sajian stimbot di Hotel Sheraton Imperial
Panadol, PLUS edar kad MyPLUSMiles Posted: Panadol, PLUS edar kad MyPLUSMiles
GLAXOSMITHKLINE Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK), iaitu pembuat Panadol, dengan kerjasama Touch 'n Go Sdn. Bhd. (Touch 'n Go) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melancarkan Kempen Panadol Sentiasa Bersedia baru-baru ini. Matlamat utama Kempen Panadol Sentiasa Bersedia adalah meneruskan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan pengguna jalan raya semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. "Kempen ini merupakan salah satu kempen penting supaya umat Islam dapat menikmati setiap detik penuh bermakna bersama ahli keluarga sepanjang musim ini. "Kami berbangga kerana inisiatif ini berterusan untuk dua tahun berturut-turut," kata Timbalan Presiden dan Pengurus Besar GSK, Rachel Ferdinando. Kempen tersebut dihangatkan lagi dengan kerjasama berterusan bersama Touch 'n Go dan rakan kerjasama baharu iaitu PLUS. Tahun ini, kempen itu menyaksikan penghasilan 60,000 kad pra-isi Panadol MyPLUSMiles yang keseluruhan bernilai RM1 juta ditawarkan secara percuma kepada pengguna jalan raya pada tempoh bulan Ramadan dan balik kampung. "Kami berasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada usaha sama dengan GSK dan PLUS sempena bulan Ramadan ini sebagai satu cara untuk kami mengukuhkan jenama masing-masing. "Ia secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman balik kampung yang selamat dan tenang kepada pengguna jalan raya," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go, Abdul Karim Md. Lassim. Tambahnya, diharapkan usaha tersebut dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan mereka dalam musim perayaan. FERDINANDO (tiga dari kiri) bersama Abdul Karim (dua dari kiri), Ismail (tengah) dan Mohd. Zulastri (tiga dari kanan) menunjukkan replika kad pra-isi Panadol MyPLUSMiles sempena Kempen Panadol Sentiasa Bersedia di Plaza Tol Sungai Besi baru-baru ini. Dalam pada itu, Pengurus Besar Kanan, PLUS Malaysia Berhad, Ir. Mohd. Zulastri Mohd. Amin, berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada kempen tersebut bersama dua jenama terkemuka di negara ini. "Sebagai penyelenggara lebuh raya terbesar di Malaysia, kami memahami keadaan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh perjalanan yang sangat sibuk. "Justeru, dengan kerjasama GSK dan Touch 'n Go, PLUS menawarkan kad pra-isi Panadol MyPLUSMiles sebagai satu cara bagi melancarkan perjalanan balik kampung," katanya. Kad tersebut akan diedarkan kepada pengguna lebuh raya di plaza tol yang telah ditetapkan. Kempen Panadol Sentiasa Bersedia itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh. Kad pra-isi Panadol MyPLUSMiles akan diedarkan di plaza tol terpilih pada 2 hingga 4 Ogos 2013. Selain di plaza tol, orang ramai juga boleh mendapatkan kad edisi khas tersebut melalui Hot FM zoomers, Pasar Raya Besar Mydin dan cawangan premis Guardian di seluruh negara. Sebagai rakan kerjasama kempen, Touch 'n Go akan menggunakan platform digital untuk mengadakan pertandingan sepanjang tempoh kempen. Beberapa aktiviti lain akan dijalankan semasa kempen tersebut termasuk pengaktifan runcit yang memberi peluang kepada pembeli untuk memenangi lebih banyak hadiah. "Panadol telah pun menawarkan ubat kelegaan kepada rakyat Malaysia sejak lebih 50 tahun dahulu. Ia memang merupakan visi GSK untuk terus menghubung dan membolehkan orang ramai menikmati kehidupan sepenuhnya dengan menawarkan kelegaan bagi kesakitan. "Visi tersebut telah mendorong jenama ini menawarkan produk khusus dengan cara saintifik dan kempen pengguna untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah. Inilah tunjang bagi Kempen Panadol Sentiasa Bersedia," kata Ferdinando. | |
Keenakan masakan utara India Restoran D'Tandoor Posted: Keenakan masakan utara India Restoran D'TandoorYUSRIZA menunjukkan antara juadah yang ditawarkan di Restoran D'Tandoor Pulau Pinang sepanjang Ramadan ini. BERKONSEPKAN hidangan dari utara India, Restoran D'Tandoor cawangan Bandar Perda di Pulau Pinang menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa untuk pilihan orang ramai sepanjang Ramadan ini. Antaranya sizzling ayam tanduri, roti nan, udang tanduri zafrani, bhaji bawang dan kopi istimewa D'Tandoor. Pengarah Urusannya, Yusriza Yusoff berkata, kesemua set hidangan ala carte bertemakan masakan utara India itu sesuai dengan cita rasa serta selera masyarakat tempatan. Menurut beliau, kebanyakan juadah berkenaan dimasak menggunakan arang bagi mengekalkan keenakan rasa masakan. "Kesemua menu berkenaan disediakan oleh chef yang berpengalaman daripada Pakistan dan dimasak dengan menggunakan bahan serta rempah-ratus yang diimport dari India bagi mengekalkan cita rasa aslinya. "Restoran ini juga masih lagi menggunakan teknik membakar dan panggang kebanyakan hidangannya dalam tempayan seperti yang dilakukan di Asia Selatan khususnya India," katanya. | |
Sajian stimbot di Hotel Sheraton Imperial Posted: Sajian stimbot di Hotel Sheraton ImperialLIMA chef profesional menunjukkan hidangan stimbot beraneka pilihan yang terdapat di Hotel Sheraton Imperial. TEMA The All Stars Steamboat Affair yang diperkenalkan Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur menjadi taruhan untuk bufet Ramadan pada kali ini. Kelazatan stimbot bertambah istimewa kerana disajikan bersama enam jenis sup. Sajian lengkap dengan pilihan sayuran segar yang enak dimakan bersama ikan siakap, salmon, daging, ketam dan udang menjanjikan sajian iftar anda berlainan dengan hari-hari sebelumnya. Bagi pencinta masakan pedas yang disuntik rasa masam manis pula bolehlah mencuba hidangan popular Sheraton Imperial iaitu asam pedas 'Jonker Street' dan tomyam Thai. Sheraton Imperial turut menghidangkan kari nyonya Pulau Pinang dan sup daging 'Napoli' sebagai menu tambahan istimewa kepada pengunjung yang hadir. Tidak dilupakan lauk wajib seperti sup ayam dan ikan untuk mereka yang gemarkan selera tradisional ala kampung. Bagi yang tercari-cari masakan utara, apa kata nikmati hidangan nasi beriani dan nasi kandar Pulau Mutiara. Sajian tersebut disediakan oleh lima chef profesional yang terdiri daripada Chef Kabir, Chef Jamsari, Chef Alessandro dan Chef Loo. Bagi mereka yang berhajat untuk makan di rumah boleh dapatkan nasi Mandi Ramadan di Toastina Café & Bar pada harga RM15 seorang. Ia mula dijual pada pukul 4 hingga 6 petang sehingga 6 Ogos ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |