Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
- Varian cat baharu meriahkan hari lebaran
- Selera Pulau Pinang di restoran UPM
- Resipi ala Malaysia Hotel Sunway Seberang Jaya
Varian cat baharu meriahkan hari lebaran Posted: Varian cat baharu meriahkan hari lebaranOleh NADIA SHAIFUL BAHARI
MENJELANG perayaan Aidilfitri sekitar dua minggu lagi pasti banyak persiapan hendak dilakukan termasuk menukar langsir, perabot dan cat baharu di kediaman masing-masing. Bagi mereka yang masih mencari-cari warna sesuai untuk mengecat rumah, apa kata anda memilih warna baharu yang diperkenalkan oleh Akzo Nobel Paints Malaysia Sdn. Bhd. (Akzo Nobel). Akzo Nobel yang terkenal dengan pengeluaran cat berjenama Dulux kini tampil memperkenalkan siri warna Dulux Inspire yang menawarkan pelbagai pilihan warna cantik, terang dan ceria. Pengarah Urusannya, C. W. Goh berkata, warna-warna itu juga menghasilkan kemasan lembut dan licin tanpa kompromi dengan kualiti tinggi yang sinonim dengan jenama Dulux. "Dulux Inspire terdapat dalam 22 pilihan warna sedia ada di samping 192 warna adunan mesin dalam lapan kumpulan warna utama untuk menghiasi kediaman anda sempena musim perayaan ini. "Kami turut menampilkan teknologi chroma brite dalam adunan cat Dulux Inspire bagi mengekalkan warna kediaman untuk terus nampak segar dan tahan lebih lama," katanya pada majlis pelancaran Dulux Inspire di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. GOH (kanan) beramah mesra dengan penduduk Kampung Lindungan di Dewan Keluarga Harmoni yang telah dicat dengan Dulux Inspire baru-baru ini. Pemilik rumah yang kerap mengecat semula kediaman pasti berpuas hati dengan varian tersebut kerana ia bukan sahaja memberi nilai terbaik, malah proses mengecatnya juga lebih mudah. Cat tersebut meliputi permukaan yang lebih luas dan memberi perlindungan bermutu tinggi untuk menjadikan kediaman anda kelihatan lebih cantik. Terdapat dua jenis cat Dulux Inspire iaitu cat dalaman dan cat luaran. Cat dalaman mempunyai sebatian organik meruap (VOC) yang rendah dan kurang berbau serta mudah untuk disapu. Cat luarannya pula memberikan kemasan kelegapan, mampu menahan serangan alga, kulat, pengelupasan dan tahan kotoran. Dua lapisan Pengguna yang mahu mendapatkan hasil optimum perlu menyapu satu lapisan Dulux Exterior/ Interior Wall Sealer atau Dulux Primer yang bersesuaian sebelum menyapu sekurang-kurangnya dua lapisan cat Dulux Inspire. Dulux Exterior dan Interior Wall Sealer sesuai untuk permukaan dalaman yang baharu dicat atau permukaan lain seperti batu bata, plaster dan simen. Ia direka khas dan mematuhi label Eco SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia) dan Label Hijau Singapura. Dulux Inspire boleh didapati di kedai-kedai Dulux terpilih dan ia hadir dalam bentuk tin bersaiz satu liter(L), 5L dan 18L. | |
Selera Pulau Pinang di restoran UPM Posted: Selera Pulau Pinang di restoran UPM
MENERIMA jolokan Mutiara Timur, Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai syurga bagi pencinta gastronomi di Malaysia. Bagi yang ingin menikmati sajian masyarakat di utara Semenanjung itu, berkunjunglah ke L'apprenti@Putra Restaurant yang terletak di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Dihasilkan oleh anak kelahiran Permatang Pauh, Chef Sos, Muhd. Rezza Zainal Abidin, ia pasti menjanjikan kepuasan semasa berbuka puasa. Rasai sendiri keenakan aneka kari Pulau Pinang yang pekat dan berempah. Tidak dilupakan variasi hidangan popular di negeri itu seperti laksa Pulau Pinang, daging tumis dara dan char kuetiau. Selain itu, terdapat juga hidangan lain seperti asam pedas, masak lemak cili api dan masak tempoyak yang tidak mengecewakan. Pengunjung juga boleh mencuba signatur restoran tersebut iaitu daging rusa panggang yang diperap dengan pelbagai rempah ratus dan enak dinikmati bersama aneka sos yang disediakan. Bagi penggemar makanan Barat, pula boleh mencuba pelbagai hidangan seperti pasta, fetucinni atau spageti yang dihidangkan bersama sos bologniese atau sos carbonara. Sebagai pencuci mulut, L'apprenti@Putra Restaurant turut menghidangkan pelbagai jenis bubur, kuih-muih tradisional, puding dan kek. | |
Resipi ala Malaysia Hotel Sunway Seberang Jaya Posted: Resipi ala Malaysia Hotel Sunway Seberang JayaANTARA 100 hidangan tempatan dan luar negara di bufet Ramadan Sempoi! Jom Pi Buka Puasa. BAGI mereka yang tinggal di Pulau Pinang atau selatan Kedah, Hotel Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang boleh menjadi pilihan anda yang bercadang mencari destinasi terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga atau teman-teman. Pada Ramadan ini, hotel berkenaan mengetengahkan konsep baharu bufet yang dinamakan Sempoi! Jom Pi Buka Puasa yang menggabungkan hidangan tempatan dan Barat. Chef Eksekutifnya, Yew Seong Seng berkata, resipi ala Malaysia masih membarisi menu bufet namun beberapa hidangan utama disuntik elemen moden supaya menepati cita rasa setiap lapisan masyarakat selain membuka selera semasa berbuka. Menurutnya, pelanggan akan disajikan dengan lebih 100 makanan tempatan dan luar negara yang mendapat sentuhan pasukan chef berpengalaman diketuai Chef Ismail Ibrahim. "Menu utama ialah kambing panggang yang dihidangkan bersama sos lada hitam, sos cendawan dan sos pudina. "Selain itu, kami menawarkan pelbagai pilihan masakan Melayu tempatan seperti nasi lobak merah, ketam sos tomato basil dan rendang daging lembu ala Sunway," katanya. Pelanggan yang gemarkan masakan Barat pula boleh menikmati makanan seperti piza dan mana'eesh. Turut disediakan ialah aneka pencuci mulut seperti parasian crepes, savarin, coklat profiteroles, sherry triffle dan puding jagung berkrim bersama pilihan 10 minuman sejuk panas. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |