Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Alam fantasi Dewan Shah Alam
MELANGKAH masuk ke Dewan Shah Alam yang terletak di Jalan Iktisas 14/6, Shah Alam, hati pasti terpaut dengan suasana dan susun atur restoran itu yang berbeza daripada tempat berbuka biasa. Jika kebanyakan restoran membuat dekorasi ala kampung, Juraidah Amoni pula menghias restorannya seperti sebuah taman fantasi yang unik. Bunga-bunga rona ceria dihias indah di samping penataan rona lembut memberi pemandangan menakjubkan untuk dipotretkan sebagai foto kenangan bersama keluarga. Juraidah berkata, ketika berkunjung ke restoran atau hotel pada bulan Ramadan, dia sering melihat dekorasi yang hampir sama iaitu ala kampung. "Saya ingin membuat kelainan dan dekorasi ala fantasi dipilih kerana saya jarang melihat restoran direka seperti taman dengan penggunaan bunga dan lampu yang menarik," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Pada masa sama, Dewan Shah Alam memberi pilihan menu berbuka yang jarang dihidangkan di restoran atau hotel lain. "Dalam mencari kelainan, kami memilih untuk menghidangkan tetamu dengan makanan laut yang segar. Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih oleh pengunjung berdasarkan jenis hidangan. Mereka juga boleh menentukan cara masakan mengikut selera masing-masing," kata Juraidah yang turut menyediakan perkhidmatan katering. Selain itu, pengunjung masih boleh memilih untuk hidangan bufet ala kampung apabila ruang atas yang dinamakan Mahligai Cinta, menyediakan lebih daripada 10 jenis menu utama selain beberapa juadah pemanis mulut. "Menariknya, pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan nasyid popular, Rabbani, yang membuat persembahan hampir setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini. "Para pelanggan juga boleh menunaikan sembahyang tarawih bersama-sama Kumpulan Rabbani di restoran ini," tambah Junaidah. Junaidah turut memberi potongan sebanyak 30 peratus pada tiga hari pertama Ramadan sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya. | |
Posted: Menu ala kampung GTower
KEENAKAN nasi hujan panas berlaukkan ayam goreng lengkuas pasti memberi kepuasan apabila dinikmati ketika berbuka puasa. Sekiranya ada yang ingin menikmati hidangan tersebut, jangan gusar kerana Hotel GTower di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur menyediakan juadah itu sebagai menu utamanya. "Kami menumpukan masakan Melayu asli kerana ia merupakan hidangan yang pasti dicari oleh pengunjung. Menariknya, setiap hidangan dimasak secara tradisional oleh chef berpengalaman," ujar Penolong Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Imelda Shubari kepada Kosmo!. Pemilihan juadah berbuka dibuat berdasarkan pengamatan kegemaran ramai oleh chef selebriti, Chef Johnny Fua yang mengetuai kumpulan masakan untuk berbuka. Pengunjung pasti mendapat kepuasan melalui deretan makanan berteraskan hidangan kegemaran orang Malaysia seperti kerabu perut, kerabu jantung pisang, pasembor dan sambal belacan. Bukan itu sahaja, variasi pencuci mulut juga bakal membuatkan pengunjung terkenang suasana damai di kampung. Setiap hidangan disusun mengikut kategori bagi memudahkan pengunjung mencari makanan pilihan mereka. Terdapat juga menu kambing bakar yang disertakan bersama nasi arab bagi melengkapkan selera. Sambil menjamu hidangan, mata akan bertumpu pada persekitaran dan dekorasi Dewan Rajang, Hotel GTower yang berkonsepkan ciri-ciri mesra alam. Mata juga terpukau dengan perabot-perabot unik dan replika cili gergasi yang diletakkan di tengah-tengah hotel itu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |