Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Masjid Shah Alam sedia 1,200 bungkus bubur lambuk setiap hari sepanjang Ramadan
- Tiga rentung selepas MPV bertembung lori
- Kad raya: Pos sebelum 2 Ogos
Masjid Shah Alam sedia 1,200 bungkus bubur lambuk setiap hari sepanjang Ramadan Posted: Masjid Shah Alam sedia 1,200 bungkus bubur lambuk setiap hari sepanjang Ramadan10/07/2013 8:33pm SHAH ALAM - Sebanyak 1,200 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai bermula hari ini di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini sepanjang bulan Ramadan. Pengerusi Jawatankuasa Pengimarahan Masjid, Datuk Sri Abu Bakar Abdul Hamid berkata, pengagihan bubur lambuk itu merupakan acara tahunan masjid itu dan sebanyak RM100,000 telah diperuntukan untuk program tersebut. "Peruntukan untuk kami menyediakan bubur lambuk ini telah disumbangkan pelbagai pihak termasuk individu dan syarikat korporat. "Bubur ini diagihkan kepada orang ramai diperkarangan masjid selepas solat Asar, bermula hari ini sehingga 27 Ramadan (5 Ogos) depan," katanya pada majlis pelancaran sumbangan bubur lambuk itu di masjid berkenaan. - Bernama |
Tiga rentung selepas MPV bertembung lori Posted: Tiga rentung selepas MPV bertembung lori10/07/2013 8:36pm KUCHING - Empat maut, tiga daripada mereka rentung setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pengangkut sebelum terbakar di kilometer 56, Jalan Sri Aman-Sarikei, hari ini. Kesemua yang maut dipercayai warga Indonesia dan pemandu MPV yang dikenal pasti sebagai Tinus Salleh, 45, telah terpelanting keluar terjatuh di permukaan jalan dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala. Jurucakap Balai Polis Sri Aman yang dihubungi dari sini berkata identiti tiga yang rentung masih belum dapat dikenal pasti. Katanya dalam kejadian kira-kira 10.25 pagi itu, MPV berkenaan terperosok ke bahagian bawah lori sebelum terbakar. Menurutnya kemalangan itu dipercayai berlaku selepas MPV itu hilang kawalan dan melencong ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori berkenaan. Katanya pemandu lori berumur 34 tahun dan dua penumpangnya terselamat dan mereka dibawa ke Balai Polis Sri Aman untuk disoal siasat. Mayat keempat-empat mangsa dibawa ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat. - Bernama |
Posted: Kad raya: Pos sebelum 2 Ogos10/07/2013 8:28pm KUALA LUMPUR - Pos Malaysia menasihatkan orang ramai agar mengirimkan kad ucapan Hari Raya sebelum 2 Ogos, untuk memastikan kad tersebut sampai kepada penerima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pos Malaysia Berhad, dalam kenyataan hari ini berkata, syarikat itu akan terus menawarkan kadar sama rata 50 sen bagi penghantaran kad raya kepada mana-mana bahagian di Malaysia, agar lebih ramai boleh menghantarnya kepada rakan dan anggota keluarga, pada kadar yang lebih murah daripada pos biasa. "Kadar promosi 50 sen akan ditawarkan mulai 8 Julai hingga 16 Ogos. Kadar ini terpakai untuk semua saiz kad ucapan Hari Raya yang beratnya tidak melebihi 50 gram," menurut kenyataan itu. Pos biasa sebelum promosi untuk mel standard yang beratnya kurang 20 gram ialah 60 sen dan 70 sen bagi mel berat di bawah 50 gram, menurut kenyataan itu. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Shukrie Mohd Salleh berkata pihaknya memahami trend perubahan rakyat Malaysia yang memilih alternatif lain berkomunikasi seperti melalui media sosial, telefon bimbit dan gajet elektronik. "Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia masih menghargai sentuhan peribadi untuk menghantar kad ucapan fizikal untuk mengucapkanya kepada rakan dan orang tersayang," menurut kenyataan itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |