Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Mayat bayi perempuan ditemui di masjid
- Kerajaan kaji satu kadar levi bagi semua sektor pekerja asing
- Enam rumah musnah dalam kebakaran
Mayat bayi perempuan ditemui di masjid Posted: Mayat bayi perempuan ditemui di masjid16/07/2013 12:38pm KULAIJAYA - Para kariah di Masjid Saleng di sini yang baru menunaikan solat Subuh dikejutkan dengan penemuan bayi perempuan di sini pada pukul 6.05 pagi tadi. Bayi yang telah meninggal dunia itu telah dibungkus dengan kain putih bersama satu sampul surat. - KOSMO! |
Kerajaan kaji satu kadar levi bagi semua sektor pekerja asing Posted: Kerajaan kaji satu kadar levi bagi semua sektor pekerja asing16/07/2013 12:17pm KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji penetapan satu kadar bayaran levi pekerja asing sama untuk semua sektor bagi membendung penghijrahan mereka dari satu sektor ke sektor lain. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, masalah penghijrahan itu antaranya disebabkan majikan tidak mampu membayar kadar levi bagi sektor tertentu. "KDN, Kementerian Sumber Manusia dan beberapa agensi kawal selia lain masih merancang untuk mengenakan satu nilai levi seperti mana yang dilaksanakan negara luar agar penghijrahan pekerja dapat dikurangkan," katanya menjawab pertanyaan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Wan Junaidi berkata, seramai 744 pekerja asing ditahan kerana menyalahgunakan permit kerja ekoran masalah penghijrahan itu setakat ini pada tahun ini. - Bernama |
Enam rumah musnah dalam kebakaran Posted: Enam rumah musnah dalam kebakaran16/07/2013 11:56am SIBU - Enam rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Tiong Hua di sini tengah malam tadi. Kebakaran pada pukul 12.20 tengah malam itu dikatakan bermula daripada sebuah rumah kosong di kawasan itu, yang didakwa penduduk setempat sering dijadikan tempat untuk kumpulan tertentu mengadakan barbeku. Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Sri Wong Soon Koh dan anggota Dewan Undangan Negeri Pelawan David Wong Kee Woan melawat kawasan kebakaran pagi ini. Kebakaran itu adalah yang kedua dalam tempaoh 24 jam di Sibu. Terdahulu pada 11.03 pagi, 16 kedai di Jalan Tukang Besi musnah dijilat api. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |