Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Bomba lancar Ops Raya 2013 mulai 1 Ogos di kawasan berisiko
- Malaysia mahu realisasikan gagasan ASEAN Berpusatkan Rakyat
- Tiga projek tambahan naik taraf Pulau Perhentian - Ahmad Said
Bomba lancar Ops Raya 2013 mulai 1 Ogos di kawasan berisiko Posted: Bomba lancar Ops Raya 2013 mulai 1 Ogos di kawasan berisiko18/07/2013 11:13pm KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat akan melaksanakan 'Ops Raya 2013' di 16 lokasi berisiko tinggi kemalangan jalan raya sempena musim perayaan bermula 1 hingga 18 Ogos. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, operasi itu melibatkan 9,100 pegawai dan anggota jabatan yang akan bertugas 24 jam secara bergilir. Antara lokasi yang dikenal pasti ialah Gurun, (Kedah); Kamunting, Kuala Kangsar, Tapah, Tol Slim River (Perak); Tol Yong Peng, Sedenak (Johor); Genting Sempah, Plaza Tol Temerloh dan Kawasan Rehat Gambang (Pahang). Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerah pelekat kenderaan kempen 'anti litter' (antisampah) serta risalah mengenai pengurangan sisa makanan serta bubur lambuk kepada pengguna lebuh raya di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini. Sebelum itu, demonstrasi kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas, kereta dan lori yang membawa bahan kimia berbahaya dilakukan dengan bantuan pelbagai unit dari Jabatan Bomba dan Penyelamat di Plaza Tol Sungai Besi turut diadakan. Abdul Rahman berkata, 267 balai bomba terlibat dalam Ops Raya dengan menjalankan rondaan di jalan persekutuan, jalan negeri dan bandaran di seluruh negara sepanjang tempoh operasi itu. - Bernama |
Malaysia mahu realisasikan gagasan ASEAN Berpusatkan Rakyat Posted: Malaysia mahu realisasikan gagasan ASEAN Berpusatkan Rakyat18/07/2013 11:09pm PETALING JAYA - Antara landasan utama Malaysia semasa menduduki jawatan Pengerusi ASEAN pada 2015 ialah mencipta gagasan 'Asean Berpusatkan Rakyat', kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Beliau berkata, ini bermakna ASEAN akan menjadi alat yang lebih kuat dalam merealisasi aspirasi rakyatnya berhubung urus tadbir yang baik, ketelusan, taraf hidup yang lebih tinggi, pembangunan yang mapan, pemerkasaan wanita serta peluang lebih banyak untuk semua. "ASEAN yang berpusatkan rakyat juga bermaksud penglibatan yang banyak dan mendalam semua masyarakat dalam rangkaian kerja Asean. Ia turut bermakna rantau ini bukan lagi menjadi domain elit politik dan birokrasi. "ASEAN yang berpusatkan rakyat akan menjadi ASEAN sebenar untuk semua," katanya semasa menyampaikan ucapan bertajuk 'A Historic Responsibility: Malaysia's Chairmanship of Asean in 2015' di Forum Kepimpinan Asean ke-10 di sini hari ini. Forum sehari ini bertemakan 'Asean at a Crossroads - Towards a Common Future, Shared Prosperity and Regional Stability' anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asian (Asli). Anifah berkata, visi Malaysia mengenai ASEAN pada masa depan ialah sebagai salah satu pertubuhan yang menggambarkan impian rakyat, yang mesra dengan dirinya sendiri, berpandangan ke hadapan dan hidup aman dengan dunia yang lebih luas. "Untuk menyokong usaha merealisasikan visi ini ia memerlukan institusi ASEAN termasuk Sekretariat ASEAN dibiayai dan dibantu sepenuhnya," katanya. - Bernama |
Tiga projek tambahan naik taraf Pulau Perhentian - Ahmad Said Posted: Tiga projek tambahan naik taraf Pulau Perhentian - Ahmad Said18/07/2013 10:57pm KUALA BESUT - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said malam ini mengumumkan tiga projek tambahan bagi menaik taraf kehidupan penduduk dan infrastruktur Pulau Perhentian yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan. Projek berkenaan ialah pembinaan 10 unit rumah kedai bernilai kira-kira RM4 juta, pembinaan jeti khas dan menaik taraf serta membina jalan ke kawasan perkampungan di pulau itu. Berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat Pulau Perhentian hari ini, Ahmad berkata projek itu relevan dalam usaha kerajaan negeri memajukan pulau tersebut sebagai antara destinasi pelancongan utama. "Kawasan niaga ini (pembinaan rumah kedai) dibina atas permintaan orang di sini memandangkan pelancong semakin ramai, tetapi tempat berniaga tidak mencukupi," katanya. Projek kedua pula meliputi pembinaan jeti khas yang akan bersambung ke jalan menghala ke projek perumahan rakyat yang sedang dibina ketika ini manakala projek ketiga ialah menaik taraf dan membina jalan yang menghubungkan jeti sedia ada dengan kawasan perkampungan di pulau itu, katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |