Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Empat pasang kekasih dicekup berkhalwat
- Aset pertahanan ATM, PDRM di Esszone ditambah
- Gempa bumi: Lima penduduk Aceh cedera
Empat pasang kekasih dicekup berkhalwat Posted: Empat pasang kekasih dicekup berkhalwat02/07/2013 10:02pm TAWAU - Empat pasangan kekasih dicekup sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sebuah hotel murah di bandar ini kerana berkhalwat. Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 30 tahun ditahan dalam satu operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasa bermula pukul 12 malam. Ketua Penguatkuasa Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Azinun Sanarul berkata, sembilan individu turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. "Kita telah menahan empat pasangan kekasih dari be berapa buah bilik di sebuah penginapan murah. Ketika diperiksa, kesemua mereka gagal menunjukkan bukti per kahwinan," katanya di sini hari ini. - KOSMO! |
Aset pertahanan ATM, PDRM di Esszone ditambah Posted: Aset pertahanan ATM, PDRM di Esszone ditambah02/07/2013 9:19pm KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah aset pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang diletak di bawah pengawasan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata, antara penambahan itu ialah menyediakan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC) untuk pasukan tentera darat dan PDRM. "Kami akan turut menambah aset udara seperti helikopter dan perkara lain," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas majlis syarahan bertajuk 'Kerjasama Antara ATM dan PDRM Ketika Ops Daulat: Satu Usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan' anjuran Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) di sini hari ini. Beliau berkata, PDRM juga akan menyediakan aset bot bagi mengawal perairan cetek di sekitar Sabah dalam menangani masalah jenayah dan penyeludupan. "Kita lihat menerusi pelaksanaan Esscom, tahap keselamatan di Sabah kini jauh lebih baik berbanding semasa pencerobohan pengganas di Lahad Datu," katanya. Sementara itu, Khalid berkata pihaknya kini memberi tumpuan terhadap pembinaan lima balai polis baharu dan menambah baik tiga balai sedia ada di kawasan Esszone. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran orang awam ke Kampung Tanduo di Lahad Datu, yang merupakan lokasi utama serangan pengganas . - Bernama |
Gempa bumi: Lima penduduk Aceh cedera Posted: Gempa bumi: Lima penduduk Aceh cedera02/07/2013 8:00pm JAKARTA - Sekurang-kurangnya lima penduduk cedera dan beberapa rumah rosak apabila gempa bumi berkekuatan 6.2 pada Skala Richter menggegarkan daerah Bener Meriah, Aceh, hari ini. Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan. Setakat ini badan itu mencatatkan 10 buah rumah penduduk mengalami kerosakan dalam kejadian gempa pada pukul 2.37 petang waktu tempatan itu. Ada laporan menyebut gegaran kuat itu merobohkan sejumlah rumah penduduk di daerah kecil Bener Gelipah. Pusat gempa di daratan yang berkedalaman 10km itu, ialah di 35km ke Barat Daya daerah Bener Meriah atau 43km ke Tenggara daerah Bireuen dan menyebabkan gegaran kuat selama 15 saat. Gegaran itu yang dirasakan sehingga ke Banda Aceh, menyebabkan penduduk kawasan terjejas panik dan keluar bertempiaran dari rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |