Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Cucu dedahkan kesihatan Mandela menunjukkan tanda positif
- KWSP lancar kempen galakkan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun
- Imigresen laksana sistem tapisan penumpang elak pesawat asing terkandas di KLIA
Cucu dedahkan kesihatan Mandela menunjukkan tanda positif Posted: Cucu dedahkan kesihatan Mandela menunjukkan tanda positif22/07/2013 8:41pm JOHANNESBURG - Kesihatan ikon keamanan Afrika Selatan, Nelson Mandela, didapati bertambah baik sejak enam minggu beliau dimasukkan ke hospital gara-gara masalah kesihatan jangkitan paru-paru yang berlarutan. Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan itu, Mandla Mandela, yang turut terbabit dalam pertengkaran keluarga mengenai hal ehwal tapak perkuburan keluarga mereka menyatakan perkembangan terkini tersebut setelah melawat Mandela di pusat kesihatan Pretoria semalam. "Lawatan tersebut memberi perasaan gembira kerana datuk kelihatan semakin bertambah sihat dan kuat setiap hari," katanya Mandla yang gagal hadir ke sambutan hari jadi datuknya ke-95 pada minggu lalu. Kenyataan Mandla mengenai keadaan datuknya itu memberi tamparan kepada ramai saudara-maranya yang telah hadir bersama peguam masing-masing ke mahkamah dengan menyatakan bahawa Nelson dalam dalam keadaan uzur dan tidak bermaya, serta menunggu masa untuk mesin sokongan hayatnya dimatikan," katanya. - AFP |
KWSP lancar kempen galakkan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun Posted: KWSP lancar kempen galakkan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun22/07/2013 8:29pm KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini melancarkan kempen pengiklanan untuk menggalakkan pencarum memilih Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun. Membawa tema 'Melanjutkan Tempoh Simpanan Persaraan Anda', kempen itu akan disiarkan di radio, akhbar dan Facebook KWSP hingga 2 Ogos ini. KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan badan itu untuk meningkatkan kesedaran pencarum mengenai perancangan pesaraan. "Memandangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun, KWSP menggesa anggotanya menguruskan simpanan mereka menggunakan pilihan fleksibel ini," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar. Melalui kaedah pengeluaran fleksibel itu, pencarum boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sebahagian, bulanan atau kombinasi kedua-duanya sekali. - Bernama |
Imigresen laksana sistem tapisan penumpang elak pesawat asing terkandas di KLIA Posted: Imigresen laksana sistem tapisan penumpang elak pesawat asing terkandas di KLIA22/07/2013 8:23pm KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia akan melaksanakan sistem tapisan penumpang ke atas pelawat asing yang tiba atau transit di negara ini bagi mengelakkan mereka terkandas di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem itu masih di peringkat perbincangan, melibatkan kementeriannya dan pelbagai agensi yang terbabit dalam menjaga pintu masuk negara melalui laluan udara. "Sistem ini dapat mengesan penumpang warga asing yang mempunyai dokumen perjalanan dan juga warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap dan ini membolehkan kita ambil tindakan sewajarnya. "Pada masa ini, kita sudah mewujudkan satu pasukan khas bagi melakukan pemantauan setiap hari bagi mengesan pelawat-pelawat yang terkandas (di lapangan antarabangsa negara)," katanya. Ahmad Zahid berkata, pasukan khas yang diketuai pegawai Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melakukan pemantauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap hari terhadap individu yang mencurigakan atau disyaki melakukan aktiviti melanggar peraturan atau undang-undang negara. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |