Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Jawatankuasa khas tangani masalah air di Labuan
- Lebih 112,000 peneroka Felda terima durian runtuh Ramadan ini - Isa
- 930 hektar kawasan di Sabah untuk program tanaman koko
Jawatankuasa khas tangani masalah air di Labuan Posted: Jawatankuasa khas tangani masalah air di Labuan03/07/2013 10:17pm LABUAN - Sebuah jawatankuasa khas pengguna akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi membantu menangani masalah kekurangan air di Labuan. Bercakap hari ini, Pengerusi Majlis Pergerakan Pengguna Labuan (LCMC) Fauziah Mohd. Din berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada penduduk kampung sebagai sukarelawan. Peranan jawatankuasa itu antara lain adalah membantu dalam membekalkan air kepada penduduk kampung yang terjejas melalui Jabatan Air Labuan. Penubuhan jawatankuasa itu berikutan masalah kekurangan air yang kerap berulang baru-baru ini apabila hampir separuh daripada penduduk pulau berkenaan terjejas teruk dengan bekalan air yang sekadar menitis dari paip. Kalangan pengusaha perniagaan mengeluh mengenai masalah itu dengan berkata masanya sudah tiba bagi Jabatan Air untuk mewujudkan pelan luar jangka. - Bernama |
Lebih 112,000 peneroka Felda terima durian runtuh Ramadan ini - Isa Posted: Lebih 112,000 peneroka Felda terima durian runtuh Ramadan ini - Isa03/07/2013 10:09pm KUALA LUMPUR - Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, peneroka Felda akan menerima durian runtuh pada Ramadan ini menerusi pembayaran dividen saham individu dan dividen tabung amanah daripada Felda Global Ventures (FGV). Beliau berkata, lebih 112,000 peneroka Felda itu juga akan menerima sumbangan duit raya dan agihan pendapatan daripada Koperasi Permodalan Felda (KPF). "Sudah menjadi amalan kumpulan Felda memberi sumbangan serta agihan pendapatan kepada setiap peneroka Felda setiap tahun," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan multivitamin untuk bakal jemaah haji Malaysia 2013 kepada Tabung Haji di sini. Beliau berkata setiap peneroka Felda telah menerima dividen interim pertama sebanyak RM400 ketika FGB mengisytiharkannya Ogos tahun lalu. Bagi saham individu, setiap peneroka Felda akan menerima dividen mengikut saham yang mereka miliki, manakala dividen berjumlah antara RM400 hingga RM500 bakal diterima bagi tabung amanah dan jumlah agihan keuntungan KPF akan ditentukan selepas mesyuarat ahli koperasi minggu depan, katanya. - Bernama |
930 hektar kawasan di Sabah untuk program tanaman koko Posted: 930 hektar kawasan di Sabah untuk program tanaman koko03/07/2013 10:08pm SANDAKAN - Kerajaan menerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyasarkan seluas 930 hektar kawasan di seluruh Sabah bagi program Tanaman Baru 2013 (TB13) Koko pada tahun ini bagi meningkatkan pengeluaran koko negara. Pegawai Daerah Kinabatangan, Arisin Aripin berkata, ia membabitkan 180 hektar di Zon Pantai Timur dan 152 hektar di Kinabatangan meliputi kawasan Bukit Garam, Kulu-Kulu, Dramakot dan Kuamut. Katanya melalui program itu bantuan insentif sebanyak RM8,000 bagi setiap hektar diberikan kepada petani antaranya bagi tujuan pembersihan kawasan, pemberian anak benih koko bercantum, input pertanian dan kursus asas tani. Tanaman koko yang merupakan tanaman komoditi berpotensi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk, katanya ketika berucap pada majlis perasmian kursus Asas Teknologi Tanaman Koko Zon Pantai Timur di sini hari ini. Setiap hektar mampu mengeluarkan hasil sehingga 1.5 tan koko dan pendapatan kasar bagi satu tan koko ialah sehingga RM6,000, katanya. Seramai 115 peserta iaitu 78 dari Kinabatangan, Semporna (22) dan Tawau (15) menyertai kursus selama tiga hari anjuran LKM itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |